Hari ini membawa family aq pergi shopping untuk persiapan Aidil Fitri. Mula-mula kami ke Kompleks PKNS di Bandar Baru Bangi. Lepas tu singgah pula di Alamanda, Putrajaya.
Petang tadi seperti biasa, pergi ke Pasar Ramadhan Putrajaya di Presint 2. Para pengunjung tidak begitu ramai pada petang ini kerana ianya hari minggu. Namun begitu ada satu gerai yang menjual roti john yang sentiasa ramai pembeli yang beratur dalam barisan yang panjang.