Showing posts with label sg merab. Show all posts
Showing posts with label sg merab. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Kesesakan di Sg Merab

Mengalami kesesakan trafik yang teruk semasa melalui Jalan Ayer Hitam, Sg Merab untuk balik ke Bandar Seri Putra pada jam 5.30 petang. Kesesakan itu adalah keadaan luar biasa bagi hari cuti tapi ianya kebiasaan jika hari bekerja. Mungkin hari ini masih banyak pergerakan kenderaan kerana masih ramai yang menghadiri majlis rumah terbuka.

hampir 30 minit untuk melepasi kawasan ini

Saturday, August 27, 2011

Ucapan Hari Raya

Caiyo Bistro di Sg Merab turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pelanggannya. Gambar ini dirakam semasa dalam perjalanan dari Putrajaya ke BSP petang tadi. Secara keseluruhannya trafik dah semakin berkurangan dan jalan ini yang biasanya sibuk tapi hari ini dah lengang.

Sunday, February 25, 2007

Gerai di Sungai Merab

Semasa dalam perjalanan balik dari Bandar Baru Bangi melalui Jalan Ayer Hitam, kami singgah sebentar di gerai yang terdapat di tepi jalan berkenaan untuk membeli pisang goreng.

Saturday, February 3, 2007

Gerai di Jalan Ayer Hitam, Sg Merab

Singgah di deretan gerai di sini untuk membeli pisang goreng. Pelbagai jenis makanan ada dijual di sini tapi sayangnya ada juga kelihatan peniaganya bukan rakyat tempatan. Adakah mereka sebagai pekerja ataupun gerai tu dah bertukar tangan???

deretan gerai yang menjual 
pelbagai jenis makanan

program anjuran MARA & MPS

Saturday, September 25, 2004

Dinner Urusetia 2004

Setelah berpenat lelah mengendalikan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Putrajaya, semua urusetia dan petugas di hari kejohanan telah diraikan dalam majlis makan malam di Restoran Nelayan, Sg. Merab. Semuga dengan penghargaan sebegini, para urusetia dan petugas akan lebih bersemangat untuk menjayakan kejohanan di tahun-tahun akan datang.

sebelum dinner bermula

it's steamboat buffet

udang antara yang menjadi pilihan utama di sini

lebih banyak gambar di