Showing posts with label bandar baru bangi. Show all posts
Showing posts with label bandar baru bangi. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Membeli Durian Di Bandar Baru Bangi

Semasa dalam perjalanan pulang ke Bandar Seri Putra ternampak beberapa gerai menjual durian di sekitar Bandar Baru Bangi. Seperti biasa iklannya menarik seperti "3 biji RM10" tapi bila dah singgah, yang diiklankan dengan harga tu semuannya dah pecah dan hanya layak untuk dibuat tempoyak sahaja. Terlanjur dah singgah beli jugalah yang berharga RM8.00 sekilo. Dengan RM50.00 dapatlah 4 biji sahaja tapi isinya eloklah dan rasanya pun sedap.

durian yang dijual 
dengan harga RM8.00/kilo

lebih banyak gambar di

Saturday, October 29, 2011

Ke Mesra Pet Shop

Pagi tadi nak bawa anak kucing yang sakit ke klinik haiwan. Mula-mula kami pergi ke Klinik Haiwan di Taman Impian Putra tapi servisnya amat limited. Kemudian kami ke Mesra Pet Shop di S7, Bandar Baru Bangi. Sampai di sana agak awak dan klinik belum buka lagi dan terpaksa menunggu hingga jam 11:30 pagi. Sementara nak tunggu klinik buka kami singgah di Menara Optometry untuk repair spec Nasrin.

Klinik Haiwan di Taman Impian Putra

di Taman Impian Putra - 
singgah membeli washer paip

ke sini mencari klinik haiwan

mendapatkan rawatan 
untuk kucing di sini

lebih banyak gambar di