Showing posts with label surau al hidayah. Show all posts
Showing posts with label surau al hidayah. Show all posts

Saturday, April 7, 2007

Majlis Maulidul Rasul 2007

Surau Al Hidayah Pangsapuri Putra Harmoni sekali lagi telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidul Rasul. Beberapa acara telah diadakan bagi menjayakan majlis ini termasuk perarakan, ceramah dan persembahan nasyid oleh pelajar KAFA. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari yang makanannya disediakan oleh penduduk sendiri secara bergotong royong sejak malam tadi lagi. Setelah selesai majlis, penduduk sekali lagi bergotong royong untuk membersih dan mengemas peralatan dan tempat majlis diadakan.

surau yang menganjurkan majlis

perarakan nak dimulakan

urusetia majlis

pelajar KAFA yang mengambil bahagian


para peserta perarakan bersedia untuk bergerak

imam surau mengepalai perarakan

polis trafik memberi bantuan
untuk melancarkan perarakan

jamuan ringan selepas perarakan

persembahan nasyid oleh pelajar KAFA

ceramah agama oleh penceramah jemputan

makan tengahari setelah majlis selesai

lebih banyak gambar di

Friday, April 6, 2007

Persiapan Majlis Maulidul Rasul

Sekali lagi Surau Al Hidayah di Pangsapuri Putra Harmoni menganjurkan Majlis Maulidul Rasul. Ahli kariah surau dan penduduk bekerjasama untuk menjayakan majlis dan pada malam ini mereka beramai-ramai membuat persiapan untuk memasak makanan yang akan dihidangkan pada majlis itu besuk. Semuga semangat kerjasama ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan keharmonian semua penduduk.

penduduk bergotong royong memotong daging

lebih banyak gambar di

Saturday, September 17, 2005

Kursus Pengurusan Jenazah

Menghadiri kursus pengurusan jenazah yang diadakan di Surau Al Hidayah. Walaupun hebahan telah dibuat tapi tidak ramai kariah yang hadir....


lebih banyak gambar di

Saturday, March 5, 2005

Memasak Asyura

Persatuan Penduduk Pangsapuri Putra Harmoni telah mengadakan majlis memasak bubur asyura di perkarangan Surau Al Hidayah, Pangsapuri Putra Harmoni. Walaupun hebahan telah dibuat tapi sambutan dari penduduk amat mengecewakan......

proses memasak sedang dijalankan

bubur asyura perlu sentiasa dikacau

lebih banyak gambar di