Showing posts with label resort. Show all posts
Showing posts with label resort. Show all posts

Thursday, June 14, 2007

Hari Terakhir di Bukit Merah

Persidangan telah pun selesai. Majlis Penutup dan dinner bersama KAN telah diadakan malam tadi. So, hari ini sampailah masanya untuk meninggalkan Bukit Merah dan balik ke Putrajaya untuk bekerja semula dan melaksanakan resolusi yang dicapai semasa persidangan. Sebelum balik, aQ sekali lagi singgah di main resort untuk membeli t-shirt untuk anak-anak sebagai cenderahati.

 
main entrance di waktu siang
kemudahan yang disediakan

lebih banyak gambar di

Wednesday, June 13, 2007

Hari Kedua Persidangan

Persidangan diteruskan lagi dan setiap masa yang terluang ianya digunakan untuk merakamkan gambar-gambar yang menarik di sekitar resort ini.

keadaan persekitaran resort yang menarik

Di sebelah malam pula kami berkunjung ke 'main resort' di mana letaknya semua excitement di resort yang sebenarnya. Macam-macam jenis hiburan ada di sini dan crowd pun ramai.
 
 
pelbagai kemudahan disediakan

lebih banyak gambar di

Monday, June 11, 2007

Ke Bukit Merah Laketown Resort

Hari pertama di Bukit Merah Laketown Resort bagi menghadiri Persidangan Pegawai ICT sebagai wakil dari Sektor Audit Kerajaan Persekutuan. Actually ini adalah kali pertama aQ menjejakkan kaki ke Resort ini. Penginapan yang disediakan secara twin sharing dan agak selesa. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam semasa mula sampai sebelum persidangan bermula.

aerial view kawasan 
Resort dari tempat penginapan

pool yang agak besar untuk aktiviti air

pelbagai jenis tempat 
penginapan disediakan

tempat penginapan 
peserta persidangan

Setelah selesai urusan check-in aQ dan beberapa rakan keluar untuk membeli sesuatu. Oleh kerana tidak berapa pasti apa pekan/bandar terdekat, so kami bergerak tanpa tujuan tertentu. Sedar-sedar kami dah sampai ke pekan Selama setelah menyusuri jalan-jalan negeri dan perjalanannya agak jauh juga. Sesampai di sana kami berhenti untuk membasahkan tekak dan seterusnya membeli barang yang diperlukan.
 di Pekan Selama

lebih banyak gambar di

Sunday, November 26, 2006

Family Day 2006

Sekali lagi Cawangan telah berjaya mengadakan Family Day dan kali ini lokasi yang dilipih adalah d'Village Resort di Ayer Keroh, Melaka. Selain dari acara sukaneka dan BBQ Dinner, pihak urusetia juga telah mengatur lawatan Night Zoo ke Zoo Melaka kepada peserta yang berminat....

resort yang terpilih untuk
menjadi venue family day tahun 2006

my family sedang menunggu untuk check-in

antara sukaneka yang diadakan

Nadiah, Hamnah & Nasrin menyertai sukaneka

permainan terompah gergasi
tiup tepong

acara kemuncak - tarik tali

kanak-kanak gembira bermain air

Hamnah & Nasrin tidak ketinggalan untuk bermain air
walaupun terpaksa menggunakan pelampung

tiba waktu untuk makan

Nadiah sedang mengambil makanan

majlis penyampaian hadiah

menyertai lawatan ke Night Zoo

breakfast di hari kedua

sempat lagi bermain di kolam sebelum balik

menggunakan segala kesempatan yang ada

dah check-out

dah nak balik

di hadapan resort sebelum balik

sebelum meninggalkan resort

antara replika menarik yang terdapat di persekitaran resort

singgah di Pintu Gerbang Ayer Keroh

lebih banyak gambar di

Friday, August 4, 2006

Singgah di d'Village Resort

Semasa dalam perjalanan pulang dari Johor kami singgah sebentar di d'Village Resort. Ayer Keroh, Melaka bagi meninjau keadaan resort yang telah kami booking sebagai venue family day tahun ini. Pegawai pemasarannya telah menunggu kami dan bersedia untuk menunjukkan kepada kami semua kemudahan yang terdapat di resort berkenaan.

bahagian hadapan resort

penginapan jenis chalet

penginapan bilik standard

swimming pool yang agak besar

lebih banyak gambar di