Showing posts with label putra harmoni. Show all posts
Showing posts with label putra harmoni. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Puncak Langit WiFi

Setelah beberapa hari menggunakan perkhidmatan Wifi yang dibekalkan oleh Pucak Langit WiFi secara percuma dalam tempoh trial, hari ini aQ membeli kad top up untuk mula menggunakannya secara berbayar. Perkhidmatan ini disediakan di kawasan Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 Putrajaya. Pakej yang disediakan agak berpatutan dan kelajuannya agak Ok lah. Dengan RM10 pengguna boleh menggunakan WiFi untuk selama 24 jam dan kad RM5 pula boleh digunakan untuk selama 10 jam dan kedua-duanya sah untuk digunakan selama 30 hari. Pakej ini sesuai untuk light user yang hanya perlu untuk menyemak email ataupun update status Facebook. AQ memerlukan perkhidmatan WiFi semasa berada di Putra Harmoni sementara nak tunggu balik ke Bandar Seri Putra. Setakat ini Pejabat Pengurusan di Blok C merupakan agen tunggal yang menjual kad top up ini bagi pihak Puncak Langit WiFi.

kad prepaid bernilai RM10

bahagian belakang kad prepaid

lebih banyak gambar di

Friday, October 14, 2011

Pelbagai Usaha!

Masalah kekurangan tempat letak kereta begitu meruncing di Putrajaya samada di pejabat-pejabat Kerajaan, di apartmen penjawat awam dan apartmen persendirian. Kereta-kereta diletakkan di bahu-bahu jalan sehinggakan laluan menjadi sempit dan menyebabkan kenderaan lain sukar nak lalu. Beberapa usaha telah dilakukan di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 termasuk meletakkan notis amaran kenderaan akan dikunci (clamp) tapi masih tidak berkesan. Usaha terbaru yang dilakukan oleh Perbadanan Pengurusan (MC) ialah dengan meletakkan kon berantai di tengah-tengah jalan supaya pengguna tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan. Sama-samalah kita lihat keberkesanan usaha ini. Anyway, tahniah kepada MC yang telah mengambil inisiatif untuk mengelakkan kesesakan di laluan berkenaan tapi apakah langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah parking lot tak mencukupi di kawasan pangsapuri berkenaan. Adakah suatu hari nanti penduduk perlu park di "Park & Ride" di Putrajaya Sentral dan menaiki bas untuk balik ke rumah sendiri??


Saturday, September 24, 2011

Jamuan Raya @Putra Harmoni

Tengahari tadi menghadiri majlis jamuan Raya di Dewan Blok C, Putra Harmoni. Majlis agak meriah dan dikunjungi oleh ramai warga Putra Harmoni. Pelbagai makanan disediakan tapi yang menjadi tumpuan ramai adalah kambing panggang dan difahamkan sebanyak 4 ekor kambing telah dipanggang.

kambing sedang dipanggang

sedang beratur untuk 
mendapatkan kambing panggang

lebih banyak gambar di

Friday, September 23, 2011

Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya

Petang tadi semasa melintasi Blok C Pangsapuri Putra Harmoni, ternampak satu jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya & Rumah Terbuka Pangsapuri Putra Harmoni yang akan diadakan pada hari esuk [Sabtu - 24 Sept 2011]. Belum pasti samada nak pergi atau ke majlis tersebut......

Wednesday, June 20, 2007

Menemani Nasrin Berbasikal

Petang tadi aQ menemani Nasrin bermain basikal di tempat letak kereta pangsapuri. Tempat letak kereta tu masih lengang sebab masih ramai penghuni yang belum balik dari tempat kerja. Jadi dapatlah Nasrin bermain basikal di kawasan tu dengan selesa dan selamat.
Nasrin sedang beraksi dengan basikalnya

lebih banyak gambar di

Saturday, April 7, 2007

Majlis Maulidul Rasul 2007

Surau Al Hidayah Pangsapuri Putra Harmoni sekali lagi telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidul Rasul. Beberapa acara telah diadakan bagi menjayakan majlis ini termasuk perarakan, ceramah dan persembahan nasyid oleh pelajar KAFA. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari yang makanannya disediakan oleh penduduk sendiri secara bergotong royong sejak malam tadi lagi. Setelah selesai majlis, penduduk sekali lagi bergotong royong untuk membersih dan mengemas peralatan dan tempat majlis diadakan.

surau yang menganjurkan majlis

perarakan nak dimulakan

urusetia majlis

pelajar KAFA yang mengambil bahagian


para peserta perarakan bersedia untuk bergerak

imam surau mengepalai perarakan

polis trafik memberi bantuan
untuk melancarkan perarakan

jamuan ringan selepas perarakan

persembahan nasyid oleh pelajar KAFA

ceramah agama oleh penceramah jemputan

makan tengahari setelah majlis selesai

lebih banyak gambar di

Friday, April 6, 2007

Persiapan Majlis Maulidul Rasul

Sekali lagi Surau Al Hidayah di Pangsapuri Putra Harmoni menganjurkan Majlis Maulidul Rasul. Ahli kariah surau dan penduduk bekerjasama untuk menjayakan majlis dan pada malam ini mereka beramai-ramai membuat persiapan untuk memasak makanan yang akan dihidangkan pada majlis itu besuk. Semuga semangat kerjasama ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan keharmonian semua penduduk.

penduduk bergotong royong memotong daging

lebih banyak gambar di

Tuesday, February 20, 2007

Banjir di Putra Harmoni

Petang tadi hujan turun agak lebat di Putrajaya. Walaupun sekejap ianya telah menyebabkan banjir kilat di tempat letak kereta Pangsapuri Putra Harmoni. Kejadian ini berlaku mungkin disebabkan oleh saliran air yang telah lama tidak dibersihkan menyebabkan aliran air hujan tidak lancar.

tempat letak motor

laluan masuk ke parking lot

tempat letak kereta

laluan masuk

lebih banyak gambar di

Saturday, November 18, 2006

Majlis Anugerah Cemerlang KAFA Al Hidayah

KAFA Al Hidayah Pangsapuri Putra Harmoni telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi menghargai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di sepanjang tahun 2006. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Blok C, Pangsapuri Putra Harmoni pada 18 Nov 2006. Majlis yang dihadiri oleh pelajar KAFA & Tadika Al Hidayah serta ibubapa telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Putrajaya.

Majlis yang diadakan di Dewan
Serbaguna Blok C, Pangsapuri Putra Harmoni

ketibaan YB Ahli Parlimen Putrajaya

YB Ahli Parlimen bersalaman
dengan para pelajar sebelum memasuki dewan

persembahan pembukaan oleh para pelajar

VIP turut berselawat

begitu juga dengan hadirin yang lain

tidak ketinggalan juga para pelajar

Ucapan aluan oleh Pengerusi KAFA AL Hidayah

Ucapan perasmian oleh YB Ahli Parlimen Putrajaya

lebih banyak gambar di