Showing posts with label kesesakan. Show all posts
Showing posts with label kesesakan. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Kesesakan di NPE

Selalunya laluan ini tak pernah sesak tapi berlainan pula pagi tadi. Trafik begitu sesak di kawasan ini semasa dalam perjalanan menuju ke Bangsar untuk ke Pusat Bandar Damansara. Disebabkan kesesakan itu terlewat sampai ke Pusat Bandar Damansara.

kesesakan bermula di sini

sesak sampai ke sini

hampir dengan Angkasapuri

Saturday, September 24, 2011

Kesesakan di Sg Merab

Mengalami kesesakan trafik yang teruk semasa melalui Jalan Ayer Hitam, Sg Merab untuk balik ke Bandar Seri Putra pada jam 5.30 petang. Kesesakan itu adalah keadaan luar biasa bagi hari cuti tapi ianya kebiasaan jika hari bekerja. Mungkin hari ini masih banyak pergerakan kenderaan kerana masih ramai yang menghadiri majlis rumah terbuka.

hampir 30 minit untuk melepasi kawasan ini

Friday, September 9, 2011

Kesesakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Putrajaya

Kesesakan biasa berlaku di sini pada waktu balik kerja sekiranya tapak Pasar Tani dipindahkan ke kawasan ini. Perpindahan selalu berlaku sekiranya ada function lain yang nak menggunakan tapak asal Pasar Tani. Punca sebenar kesesakan adalah disebabkan pengunjung Pasar Tani yang meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan. Dulu-dulu ada juga nampak pihak berkuasa seperti Polis Trafik dan Perbadanan Putrajaya menyaman tapi sejak kebelakangan ni macam dah halal pula parking kat tepi jalan tu. Yang susahnya orang yang nak balik kerja.....

kesesakan bermula

kereta yang parking di tepi jalan

Friday, September 15, 2006

Kesesakan Luar Biasa di Presint 2, Putrajaya

Pagi tadi berlaku kesesakan luar biasa di Presint 2, iaitu di sekitar Persiaran Perdana. Tak tahu apa puncanya tapi polis trafik terpaksa mengawal trafik untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk.

kesesakan di sini

polis trafik mengawal trafik

lebih banyak gambar di