Difahamkan YB Ahli Parlimen Putrajaya telah menaja Majlis Hidangan Berbuka di sepanjang bulan Ramadhan. Majlis diadakan di tingkat atas, Medan Selera Presint 8, Putrajaya. Katanya ia disediakan untuk mereka yang kurang berkemampuan dan mereka yang terpaksa bertugas dan tidak sempat menyediakan hidangan berbuka di rumah...
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Tuesday, August 23, 2011
Friday, August 19, 2011
Program Ramadhan
Sempena bulan Ramadhan ini berbagai pihak telah mengadakan majlis ilmu bagi memberi peluang kepada umat Islam menambahkan ilmu pengetahuan atau mengingatkan kita yang dah alpa. Namun begitu, disebabkan oleh kesibukan dengan perkara lain, program yang diadakan pada pagi Jumaat ini tidak dapat dihadiri oleh semua orang walaupun ada yang berminat. Apa yang membuatkan kita terlalu sibuk. Renung-renungkan lah sendiri.....
hebahan program yang diletakkan
dalam lif untuk perhatian umum
Wednesday, August 17, 2011
Indahnya Ramadhan
Sempena menyambut Nuzul Quran, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan telah menganjurkan majlis tazkirah yang bertajuk "Indahnya Ramadhan". Tazkirah telah diadakan di dewan serbaguna KPDNKK, Presint 2 dan disampaikan oleh Ustaz Sukri bin Harun, Pengetua Sekolah Agama Arab Ilmi, Ampang....
aturcara majlis
Selepas berehat sebentar, majlis diteruskan dengan ceramah mengenai Perancangan Harta (Amanah, Wasiat & Pusaka) yang disampaikan oleh En. Ahmad Fushari bin Ahmad Shafiei dari Amanah Raya Berhad.
pamphlet yang diedarkan
Sunday, August 14, 2011
Agihan Bubur Lambuk
Walaupun Surau Saidina Umar Al Khatab di Fasa 7 Bandar Seri Putra baru saja siap dan tahun ini merupakan tahun pertama ianya beroperasi di bulan Ramadhan, ia tidak ketinggalan menjalankan beberapa aktiviti di sepanjang bulan Ramadhan ini. Selain dari Solat Terawih dan Tadarus Al Quran di malam hari, surau ini turut menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada seluruh warga Bandar Seri Putra...
ianya dihebahkan di sekitar BSP
Subscribe to:
Posts (Atom)