Showing posts with label sk putrajaya p9(2). Show all posts
Showing posts with label sk putrajaya p9(2). Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Ke Sukan Tahunan SK Putrajaya P9(2)

Pagi tadi menghantar Nasrin ke SK Putrajaya P9(2) untuk menghadiri Sukan Tahunan sekolah berkenaan. AQ tidak singgah sebab dia pun tak ada ambil bahagian, cuma jadi tukang sorak. Namun begitu aQ hadir semasa majlis penutup pada waktu tengahari dan seterusnya untuk mengambil dia. Semasa majlis penutup sedang berlangsung hujan turun dengan lebatnya menyebabkan semua yang terlibat basah kuyup.

 bersedia untuk majlis penutup

hujan lebat - petugas berteduh di khemah

pelajar juga berteduh 
di khemah masing-masing

lebih banyak gambar di

Thursday, September 15, 2011

Mengiringi Nasrin ke Dewan Peperiksaan

Pagi tadi aq ke SK Putrajaya P9(2) bagi mengiringi Nasrin ke dewan peperiksaan bagi menduduki peperiksaan UPSR hari ketiga, iaitu hari terakhir. Sepatutnya aq telah berbuat demikian setiap hari sejak hari pertama lagi tapi oleh kerana kesibukan dengan tugas, aq gagal melakukannya. Hari ini by hook or by crook aq buat keputusan untuk pergi juga. Majlis dimulakan dengan majlis bacaan yassin dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya para calon bersalaman dengan ibubapa masing-masing dan juga guru bagi mendapat restu. Sebenarnya ramai ibubapa yang hadir dan ada diantaranya memang bercuti selama tiga hari. Entah apa perasaan Nasrin pada dua hari yang lepas semasa ketiadaan aq mengiringinya ke dewan???

berada di sini

calon mendengar pesanan ringkas 
dari ustaz selepas majlis bacaan Yassin

barisan guru tahun 6 yang dedikasi

calon bersalaman dengan
ibubapa masing-masing

calon bersalaman dengan guru-guru mereka

guru besar yang dedikasi

calon menuju ke dewan peperiksaan

lebih banyak gambar di

Tuesday, February 27, 2007

Pelajar Memanjat Pagar

Semasa mengambil Nasrin di sekolah tengahari tadi ternampak sekumpulan pelajar sedang memanjat pagar untuk keluar dari kawasan sekolah. Sebenarnya mereka ini bukannya ponteng atau lari dari sekolah tapi pengawal keselamatan yang bertugas lewat membuka pintu pagar untuk laluan pelajar ini keluar.

pelajar ini mengambil risiko

lebih banyak gambar di

Wednesday, January 3, 2007

Ke SK Putrajaya P9(2)

Setelah selesai urusan pendaftaran Nadiah terus ke SK Putrajaya P9(2) pula untuk membayar yuran persekolahan Nasrin.....

pintu masuk utama SK Putrajaya P9(2)

Mengambil Nasrin

Oleh kerana memang dah cuti pada hari ini, so sebelah tengahari pergi ambil Nasrin di sekolahnya.....

Nasrin dah tahun 2

Nasrin baru keluar dari bilik darjah

Nasrin dah nak balik

Saturday, February 25, 2006

Sukan SK Putrajaya P9(2)

Menghadiri ke acara sukan di SK Putrajaya P9(2) walaupun anak-anak tidak mengambil bahagian dalam mana-mana acara....

khemah peserta sukan

perbarisan kontijen

majlis penyampaian hadiah

lebih banyak gambar di

Saturday, December 31, 2005

Pendaftaran & Orientasi Erin

Hari ini Erin memulakan dunia persekolahan di SK Putrajaya P9(2). Dimulakan dengan pendaftaran dan diikuti dengan majlis orientasi...

sedang mendengar taklimat

Erin bersama Zafirah

lebih banyak gambar di