Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya

Petang tadi semasa melintasi Blok C Pangsapuri Putra Harmoni, ternampak satu jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya & Rumah Terbuka Pangsapuri Putra Harmoni yang akan diadakan pada hari esuk [Sabtu - 24 Sept 2011]. Belum pasti samada nak pergi atau ke majlis tersebut......

Thursday, August 11, 2011

Melimpah Keluar

Agaknya terlampau ramai peniaga yang nak berjualan dan khemah yang disediakan dah tak dapat menampung bilangan peniaga hinggakan pihak penganjur terpaksa membuka booth tambahan di bangunan KPDNKK. Keadaan sedemikian telah menambahkan lagi kemeriahan Karnival Jom Beli Barang Raya dan juga menambahkan lagi kesesakan di kawasan berkenaan.

booth yang dah melimpah dari khemah

Tuesday, August 2, 2011

Jualan Hari Raya di Putrajaya

Seperti tahun sebelumnya, jualan Hari Raya diadakan di Putrajaya bagi memberi kemudahan kepada warga Putrajaya untuk membeli keperluan untuk menyambut Hari Raya. Tahun ini jualan masih diadakan di tapak yang sama seperti tahun sebelumnya. Jualan akan berlangsung mulai 10 - 14 Ogos 2011.

khemah untuk tapak jualan sedang dipasang

jualan yang sama telah diadakan pada tahun 2009