Showing posts with label bukit merah. Show all posts
Showing posts with label bukit merah. Show all posts

Thursday, June 14, 2007

Hari Terakhir di Bukit Merah

Persidangan telah pun selesai. Majlis Penutup dan dinner bersama KAN telah diadakan malam tadi. So, hari ini sampailah masanya untuk meninggalkan Bukit Merah dan balik ke Putrajaya untuk bekerja semula dan melaksanakan resolusi yang dicapai semasa persidangan. Sebelum balik, aQ sekali lagi singgah di main resort untuk membeli t-shirt untuk anak-anak sebagai cenderahati.

 
main entrance di waktu siang
kemudahan yang disediakan

lebih banyak gambar di

Wednesday, June 13, 2007

Hari Kedua Persidangan

Persidangan diteruskan lagi dan setiap masa yang terluang ianya digunakan untuk merakamkan gambar-gambar yang menarik di sekitar resort ini.

keadaan persekitaran resort yang menarik

Di sebelah malam pula kami berkunjung ke 'main resort' di mana letaknya semua excitement di resort yang sebenarnya. Macam-macam jenis hiburan ada di sini dan crowd pun ramai.
 
 
pelbagai kemudahan disediakan

lebih banyak gambar di

Tuesday, June 12, 2007

Hari Pertama Persidangan

Hari ini persidangan bermula dan di antara sesi persidangan sempat juga aQ merakamkan gambar-gambar menarik di sekitar resort berkenaan.

beberapa kemudahan dan 
food outlet terdapat di sini
tempat urut pun ada
blok lain

Salah satu agenda menarik dalam persidangan kali ini ialah lawatan ke Kuala Kangsar. Dengan menaiki dua bas sekolah yang agak uzur, kami dibawa ke Kuala Kangsar. Destinasi pertama adalah kilang membuat pasu dan labu sayong. Sepatutnya selepas minum petang di gerai yang terletak di tepi Sungai Perak, ada beberapa lagi destinasi lain tapi hujan yang lebat menyebabkan lawatan berakhir di situ sahaja dan balik semula ke Bukit Merah Laketown.
 
lawatan ke Kuala Kangsar
destinasi pertama
kilang pasu & labu sayong
produk yang dijual
 mencari minuman 
di gerai berhampiran
 mencari gerai cendul 
di persiaran sungai perak
 jeti boat penambang
boat penambang
tambang boat
jeti di seberang sana
sungai perak
kawasan bahaya
menjual kraftangan & cenderahati
terperangkap dalam hujan

lebih banyak gambar di

Monday, June 11, 2007

Ke Bukit Merah Laketown Resort

Hari pertama di Bukit Merah Laketown Resort bagi menghadiri Persidangan Pegawai ICT sebagai wakil dari Sektor Audit Kerajaan Persekutuan. Actually ini adalah kali pertama aQ menjejakkan kaki ke Resort ini. Penginapan yang disediakan secara twin sharing dan agak selesa. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam semasa mula sampai sebelum persidangan bermula.

aerial view kawasan 
Resort dari tempat penginapan

pool yang agak besar untuk aktiviti air

pelbagai jenis tempat 
penginapan disediakan

tempat penginapan 
peserta persidangan

Setelah selesai urusan check-in aQ dan beberapa rakan keluar untuk membeli sesuatu. Oleh kerana tidak berapa pasti apa pekan/bandar terdekat, so kami bergerak tanpa tujuan tertentu. Sedar-sedar kami dah sampai ke pekan Selama setelah menyusuri jalan-jalan negeri dan perjalanannya agak jauh juga. Sesampai di sana kami berhenti untuk membasahkan tekak dan seterusnya membeli barang yang diperlukan.
 di Pekan Selama

lebih banyak gambar di