Wednesday, August 31, 2011

Masjid At Taqwa Bukit Kening

Selepas menziarahi pusara singgah sebentar di Masjid At Taqwa sebelum terus menziarahi saudara mara di Bukit Kening.....

pengenalan masjid

carta organisasi

senarai pegawai masjid

tangki standby di perkarangan masjid

lebih banyak gambar di

Menziarah Pusara di Chenor

Di Hari Raya kedua kami sekeluarga menziarahi pusara my in-laws di Kg. Sebelah, Chenor...

di tanah perkuburan Kg. Sebelah

lebih banyak gambar di

Tuesday, August 30, 2011

Aidil Fitri 2011

Tahun ini merayakan Aidil Fitri tanpa kepulangan adik beradik yang lain. Jadi tiadalah gambar keseluruhan family seperti tahun-tahun sebelum ini. Cuma gambar my family bersama dengan ayah dan bonda sahaja....

my family

bersama my parent

lebih banyak gambar di

Di Pinggiran Sungai Pahang

Anak-anak sibuk nak pergi ke sungai sebab dulu-dulu masa musim kemarau mereka selalu mandi kat sungai tapi sekarang sekarang ni air sungai sangat dalam dan tak sesuai untuk mandi....

hanya dapat bergambar sahaja

Monday, August 29, 2011

Perjalanan Balik

Perjalanan balik ke kampung hari ini berjalan lancar kecuali tersangkut sekejap di Sentul, iaitu berhampiran dengan Pasar Sentul disebabkan oleh pengunjung pasar yang meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya....

tersangkut di sini sekejap

keadaan kenderaan di hadapan Pasar Sentul

semasa singgah di sini mengisi petrol

lebih banyak gambar di

Sunday, August 28, 2011

Shopping di Alamanda

Semasa dalam perjalanan balik ke BSP, singgah di Alamanda untuk membeli beberapa barang keperluan untuk anak-anak...

tak berapa ramai shoppers,
mungkin dah balik kampung

mula-mula ke Carrefour

lepas tu ke Watsons

akhir sekali ke Walk In

lebih banyak gambar di

Saturday, August 27, 2011

Ucapan Hari Raya

Caiyo Bistro di Sg Merab turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pelanggannya. Gambar ini dirakam semasa dalam perjalanan dari Putrajaya ke BSP petang tadi. Secara keseluruhannya trafik dah semakin berkurangan dan jalan ini yang biasanya sibuk tapi hari ini dah lengang.

Tuesday, August 23, 2011

Gas Despatcher di Putrajaya

Kalau anda tinggal di Putrajaya dan tidak menggunakan gas yang disalurkan melalui paip oleh Gas Malaysia, anda tiada problem nak mendapatkan bekalan gas untuk memasak. Di Putrajaya ada perkhidmatan menghantar gas terus ke rumah dengan sedikit caj tambahan. Unit-unit bergerak ini sentiasa kelihatan di jalanraya di Putrajaya dan senang dihubungi sebab contact number mereka terpampang di belakang motor mereka. Tapi yang lebih menariknya mereka ini tiada premis perniagaan. Stok gas mereka disimpan di atas lori yang selalunya parking dekat dengan bus stop berhampiran Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9. Kadang-kadang lori tu park dekat luar depo Perbadanan Putrajaya....

unit despatch always on the move [23/08/2011]

dah lama mereka beroperasi [08/10/2008]

port mereka [gambar 02/07/2011]

Hidangan Berbuka Sepanjang Ramadhan

Difahamkan YB Ahli Parlimen Putrajaya telah menaja Majlis Hidangan Berbuka di sepanjang bulan Ramadhan. Majlis diadakan di tingkat atas, Medan Selera Presint 8, Putrajaya. Katanya ia disediakan untuk mereka yang kurang berkemampuan dan mereka yang terpaksa bertugas dan tidak sempat menyediakan hidangan berbuka di rumah...

Saturday, August 20, 2011

Trafic Jam di Jalan Emas, Nilai

Semasa dalam perjalanan balik dari Giant Nilai telah berlaku trafic jam di Jalan Emas dan tersangkut sekejap di persimpangan Persiaran Negeri BBN/Jalan Emas. Jalan Emas mengalami kesesakan di kedua-dua arah kerana timing trafic light di persimpangan Jalan Emas/Lengkok Emas agak tidak sempurna...

Friday, August 19, 2011

Program Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan ini berbagai pihak telah mengadakan majlis ilmu bagi memberi peluang kepada umat Islam menambahkan ilmu pengetahuan atau mengingatkan kita yang dah alpa. Namun begitu, disebabkan oleh kesibukan dengan perkara lain, program yang diadakan pada pagi Jumaat ini tidak dapat dihadiri oleh semua orang walaupun ada yang berminat. Apa yang membuatkan kita terlalu sibuk. Renung-renungkan lah sendiri.....

hebahan program yang diletakkan 
dalam lif untuk perhatian umum

Persiapan 5S

Sekali lagi mereka berhimpun untuk membuat persiapan sebelum pengauditan 5S pada minggu hadapan. Semua pihak ada peranan dan tugas yang perlu diselesaikan membuatkan mereka tiada kesempatan untuk menggunakan pagi Jumaat ini untuk aktiviti lain....


lebih banyak gambar di

Membeli Nasi Kerabu

Semasa dalam perjalanan dari Putrajaya ke BSP, Nadiah kata nak makan nasi kerabu. So, dalam perjalanan tu aku dok perati kat mana ada jual nasi kerabu selain dari Pasar Ramadhan BSP yang terkenal dengan mahalnya. Sampai kat Sg Merab ternampak ada gerai nasi kerabu di hadapan Caiyo Bistro, so singgah sebentar di situ....

gerai nasi kerabu

Thursday, August 18, 2011

Majlis Berbuka Puasa 1Malaysia

Sewaktu dalam perjalanan nak ke pejabat ternampak banner di bawah ni. Sekarang ni sedang demam 1Malaysia, semuanya nak 1Malaysia. Sampaikan berbuka pun 1Malaysia.....

Zakat Fitrah

Sedang terfikir-fikir bila dan kat mana nak bayar zakat fitrah tiba-tiba datang Amil bergerak ke pejabat. Lagilah senang, terus bayar.... Sebenarnya serba salah juga sebab kerja kat Wilayah tapi tinggal kat Selangor. Nak bayar kat Selangor, ada ustaz kata lebih afdal bayar zakat fitrah kat mana kita cari rezeki. Tak bayar kat Selangor nanti kata tak menyertai kariah di mana kita tinggal. Anyway, dah selesai bayar kat Wilayah juga.

resit zakat fitrah untuk satu keluarga

Wednesday, August 17, 2011

Indahnya Ramadhan

Sempena menyambut Nuzul Quran, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan telah menganjurkan majlis tazkirah yang bertajuk "Indahnya Ramadhan". Tazkirah telah diadakan di dewan serbaguna KPDNKK, Presint 2 dan disampaikan oleh Ustaz Sukri bin Harun, Pengetua Sekolah Agama Arab Ilmi, Ampang....

aturcara majlis

Selepas berehat sebentar, majlis diteruskan dengan ceramah mengenai Perancangan Harta (Amanah, Wasiat & Pusaka) yang disampaikan oleh En. Ahmad Fushari bin Ahmad Shafiei dari Amanah Raya Berhad.

pamphlet yang diedarkan

Tuesday, August 16, 2011

VVIP Motorcade

Petang tadi semasa nak meninggalkan Putrajaya [lebih kurang jam 6.35 petang], perjalanan kami terhenti sebentar di persimpangan nak masuk ke Presint 10 kerana ada VVIP Motorcade yang nak membelok masuk ke menuju ke Seri Perdana....

pergerakan kenderaan dari semua
arah terhenti untuk memberi laluan