Friday, December 23, 2011

Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan KL

Hari ini sekali lagi aQ dan rakan-rakan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan KL di Jalan Duta sebab kami masih lagi meneruskan tugasan di Pusat Bandar Damansara. Agak lama juga kami tidak ke sini kerana bertugas di luar kawasan dan menunaikan solat Jumaat di Temerloh dan juga Labuan.

 Masjid Wilayah Persekutuan KL

lebih banyak gambar di

Friday, December 9, 2011

Jumaat di Masjid Jame' An Nur

Hari ini merupakan hari terakhir bertugas di Labuan. Selesai saja tugasan hari ini kami menuju ke Masjid Jame' An Nur untuk menunaikan solat Jumaat. Mulanya kami nak pergi menaiki teksi tapi tiada teksi yang nak menghantar kami sebab mereka kata dekat sangat jaraknya. Akhirnya kami berjalan sahaja dari hotel tempat kami menginap ke masjid berkenaan. 

masjid Jame' An Nur 
dari beberapa sudut berbeza

lebih banyak gambar di

Saturday, December 3, 2011

Membeli Durian Di Bandar Baru Bangi

Semasa dalam perjalanan pulang ke Bandar Seri Putra ternampak beberapa gerai menjual durian di sekitar Bandar Baru Bangi. Seperti biasa iklannya menarik seperti "3 biji RM10" tapi bila dah singgah, yang diiklankan dengan harga tu semuannya dah pecah dan hanya layak untuk dibuat tempoyak sahaja. Terlanjur dah singgah beli jugalah yang berharga RM8.00 sekilo. Dengan RM50.00 dapatlah 4 biji sahaja tapi isinya eloklah dan rasanya pun sedap.

durian yang dijual 
dengan harga RM8.00/kilo

lebih banyak gambar di