Thursday, April 12, 2007

Tugasan di Plaza Sentral

Hari ini kami menjalankan tugasan di Plaza Sentral yang letaknya berhampiran dengan KL Sentral. Kami ke sana menaiki KLIA Transit dari Putrajaya Sentral kerana kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kereta di kawasan itu. Semasa dalam perjalanan dari KL Sentral ke Plaza Sentral, aQ sempat merakamkan gambar-gambar berikut.

Plaza Sentral dari KL Sentral

KL Sentral

perkhidmatan yang terdapat di KL Sentral

lebih banyak gambar di

Tuesday, April 10, 2007

Ke MasKargo di KLIA

Petang tadi ke KLIA menunggu kawan yang bertukar dari Kuching. Selepas itu terus ke Kompleks MasKargo untuk mengambil keretanya yang dibawa dari Kuching. Lama juga dia nak selesaikan urusan di MasKargo dan sempatlah aQ merakamkan beberapa landmark di kawasan itu.


Saturday, April 7, 2007

Majlis Maulidul Rasul 2007

Surau Al Hidayah Pangsapuri Putra Harmoni sekali lagi telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidul Rasul. Beberapa acara telah diadakan bagi menjayakan majlis ini termasuk perarakan, ceramah dan persembahan nasyid oleh pelajar KAFA. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari yang makanannya disediakan oleh penduduk sendiri secara bergotong royong sejak malam tadi lagi. Setelah selesai majlis, penduduk sekali lagi bergotong royong untuk membersih dan mengemas peralatan dan tempat majlis diadakan.

surau yang menganjurkan majlis

perarakan nak dimulakan

urusetia majlis

pelajar KAFA yang mengambil bahagian


para peserta perarakan bersedia untuk bergerak

imam surau mengepalai perarakan

polis trafik memberi bantuan
untuk melancarkan perarakan

jamuan ringan selepas perarakan

persembahan nasyid oleh pelajar KAFA

ceramah agama oleh penceramah jemputan

makan tengahari setelah majlis selesai

lebih banyak gambar di

Mengemas & Mencuci

Setelah selesai majlis, penduduk sekali lagi bergotong royong mengemas dan mencuci tempat dan peralatan yang digunakan semasa majlis berkenaan. Atas semangat kerjasama itu kerja yang susah menjadi senang dan ianya dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

penduduk bergotong royong mengemas
 & membersihkan peralatan yang digunakan

lebih banyak gambar di

Friday, April 6, 2007

Persiapan Majlis Maulidul Rasul

Sekali lagi Surau Al Hidayah di Pangsapuri Putra Harmoni menganjurkan Majlis Maulidul Rasul. Ahli kariah surau dan penduduk bekerjasama untuk menjayakan majlis dan pada malam ini mereka beramai-ramai membuat persiapan untuk memasak makanan yang akan dihidangkan pada majlis itu besuk. Semuga semangat kerjasama ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan keharmonian semua penduduk.

penduduk bergotong royong memotong daging

lebih banyak gambar di

Wednesday, April 4, 2007

Menuntut Keadilan!

Semasa dalam perjalanan ke MBB di Presint 3 dan melalui di hadapan Palace of Justice kelihatan sekelompok manusia sedang mengadakan demonstrasi untuk menuntut keadilan di hadapan Palace of Justice. Namun begitu tak jelas apa isunya tapi insiden itu telah menarik perhatian pelancong yang singgah di kawasan itu. 

siap ada banner lagi

pelancong pun singgah untuk melihat

lebih banyak gambar di

Ke Bangi Heights

Semasa lunch break tadi aQ ke Pejabat Urusan Bangi Heights di Bandar Seri Putra bagi menjelaskan bayaran yang due dalam urusan pembelian rumah di D'Puncak Putra.

di Bandar Seri Putra