Hari ini ke Pusat Bandar Damansara semula untuk menyambung tugasan setelah hampir seminggu tak ke sini. Sebenarnya dah beberapa hari berada kat sini tapi sedang baru nak panas kat sini, ada pula tugasan lain yang priority tinggi. So, tinggal sekejap dan minggu ni sambung semula.
Monday, September 26, 2011
Sunday, September 25, 2011
Perjalanan ke Giant BB Nilai
Pagi tadi ke Giant BB Nilai bagi membeli barang keperluan.....


di persimpangan berhampiran dengan Giant
di persimpangan ke plaza tol Nilai Selatan
dah sampai ke Giant
Saturday, September 24, 2011
Acara Berbasikal di Putrajaya
Semasa memasuki Putrajaya lebih kurang jam 9.15 pagi tadi melalui Pintu 1 kami terserempak dengan konvoi berbasikal yang agak ramai pesertanya. Tak pasti untuk event apa tapi mereka semua diiringi oleh Polis Trafik dan juga marshal. Ada laluan ditutup sebentar untuk memberi keutamaan kepada mereka tapi tak sampai menyebabkan kesesakan trafik. Sempat merakam sekumpulan kecil semasa berhenti di trafik light....
Jamuan Raya @Putra Harmoni
Tengahari tadi menghadiri majlis jamuan Raya di Dewan Blok C, Putra Harmoni. Majlis agak meriah dan dikunjungi oleh ramai warga Putra Harmoni. Pelbagai makanan disediakan tapi yang menjadi tumpuan ramai adalah kambing panggang dan difahamkan sebanyak 4 ekor kambing telah dipanggang.
kambing sedang dipanggang
sedang beratur untuk
mendapatkan kambing panggang
lebih banyak gambar di
Ke Karnival Usahawan Desa [KUD]
Selepas menghadiri majlis jamuan Raya di Putra Harmoni, kami meneruskan agenda hari ini ke Karnival Usahawan Desa yang diadakan di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya.
Kesesakan di Sg Merab
Mengalami kesesakan trafik yang teruk semasa melalui Jalan Ayer Hitam, Sg Merab untuk balik ke Bandar Seri Putra pada jam 5.30 petang. Kesesakan itu adalah keadaan luar biasa bagi hari cuti tapi ianya kebiasaan jika hari bekerja. Mungkin hari ini masih banyak pergerakan kenderaan kerana masih ramai yang menghadiri majlis rumah terbuka.
hampir 30 minit untuk melepasi kawasan ini
Friday, September 23, 2011
Solat Jumaat di Surau An Najah
Hari ini menunaikan solat Jumaat di Surau An Najah, Presint 9 yang letaknya dalam kawasan SRA An Najah. Surau ini telah dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat mulai minggu lepas lagi tapi disebabkan Jumaat lepas cuti umum dan aq tidak berada di Putrajaya, jadi baru minggu ini mula solat Jumaat di surau ini. Surau ini lebih dekat dengan Pangsapuri Putra Harmoni kalau dibandingkan dengan Surau Al Muhajirin, P9.
lebih banyak gambar di
Subscribe to:
Posts (Atom)


