Sunday, January 15, 2012

Perjalanan Balik ke Belimbing

Semasa dalam perjalanan pulang ke Belimbing kami singgah sebentar di kedai menjual bahulu di Teras Jernang, Bangi untuk membeli sedikit bahulu. 
 kedai bahulu

Kemudian kami singgah sebentar di Putrajaya untuk meninggalkan Husna, Hamnah dan Nasrin. Mereka tidaj dapat ikut sebab Husna kena kerja, Hamnah dan Nasrin kena sekolah besok. Semasa di Putra Harmoni, ternampak sebuah kereta yang dah kena clamp di hadapan rumah sampah kerana illegal parking dan menyusahkan Alam Flora nak ambil sampah. 
 dah kena clamp

Sebelum sampai ke Belimbing kami singgah sebentar di Tunas Manja Maran untuk membeli sedikit barang keperluan.
 Tunas Manja Maran

lebih banyak gambar di

Sunday, January 1, 2012

Ke Celcom @Alamanda Putrajaya.

Selesai di Laman Seni kami pergi ke Alamanda untuk bermacam urusan. Ada yang nak shopping tapi aQ menemani Hamnah ke Celcom untuk mendapatkan prepaid pakej "university of x" yang lebih sesuai untuk pelajar sebab airtime tak pernah expire. Seterusnya terus mengambil Husna yang sememangnya dah berada di Alamanda sejak tengahari lagi.


lebih banyak gambar di

Laman Seni Putrajaya 2011

Sebelah petang membawa anak-anak ke Laman Seni Putrajaya di Presint 2 berhampiran dengan Masjid Putra

masjid putra

dataran putra

pangkalan cruise tasik

pentas laman seni

gerai laman seni

lebih banyak gambar di

Di Nilai Square, Bdr Baru Nilai

Awal pagi dah pergi ke Giant Nilai untuk membeli grocery. Sebenarnya dah lama tak ke Giant sebab sejak kebelakangan ini selalu membeli grocery di Mydin P15 Putrajaya. On the way back singgah sebentar di Nilai Square untuk ke McDonald sebab anak-anak nak membeli prosperity burger tapi masa jualan untuk burger tu adalah mulai 12pm hingga 3 pm.

rasanya baru lagi ada klinik kat sini

McDonald di hadapan Nilai Square

lebih banyak gambar di

Friday, December 23, 2011

Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan KL

Hari ini sekali lagi aQ dan rakan-rakan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan KL di Jalan Duta sebab kami masih lagi meneruskan tugasan di Pusat Bandar Damansara. Agak lama juga kami tidak ke sini kerana bertugas di luar kawasan dan menunaikan solat Jumaat di Temerloh dan juga Labuan.

 Masjid Wilayah Persekutuan KL

lebih banyak gambar di

Friday, December 9, 2011

Jumaat di Masjid Jame' An Nur

Hari ini merupakan hari terakhir bertugas di Labuan. Selesai saja tugasan hari ini kami menuju ke Masjid Jame' An Nur untuk menunaikan solat Jumaat. Mulanya kami nak pergi menaiki teksi tapi tiada teksi yang nak menghantar kami sebab mereka kata dekat sangat jaraknya. Akhirnya kami berjalan sahaja dari hotel tempat kami menginap ke masjid berkenaan. 

masjid Jame' An Nur 
dari beberapa sudut berbeza

lebih banyak gambar di

Saturday, December 3, 2011

Membeli Durian Di Bandar Baru Bangi

Semasa dalam perjalanan pulang ke Bandar Seri Putra ternampak beberapa gerai menjual durian di sekitar Bandar Baru Bangi. Seperti biasa iklannya menarik seperti "3 biji RM10" tapi bila dah singgah, yang diiklankan dengan harga tu semuannya dah pecah dan hanya layak untuk dibuat tempoyak sahaja. Terlanjur dah singgah beli jugalah yang berharga RM8.00 sekilo. Dengan RM50.00 dapatlah 4 biji sahaja tapi isinya eloklah dan rasanya pun sedap.

durian yang dijual 
dengan harga RM8.00/kilo

lebih banyak gambar di