Pagi tadi selepas menghantar Hamnah ke SMK Putrajaya P9(2) untuk ke kelas tuisyen, kami ke UiTM Shah Alam untuk mengunjungi Ekspo Selangkah ke UiTM yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor bagi mendapatkan maklumat untuk Nadiah mengenai kemasukan ke UiTM.
Saturday, March 24, 2012
Saturday, March 17, 2012
Putrajaya Hot Air Balloon 2012
Petang tadi aQ bersama keluarga ke Putrajaya untuk menyaksikan pertunjukan belon panas di Putrajaya Hot Air Balloon. Untuk mengelakkan kesesakan kami memilih untuk menyaksikan pertunjukan itu dari jauh sahaja tanpa perlu ke tapak pesta. Kami ke kawasan lapang di jalan yang menuju ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan betul-betul di seberang Masjid Sultan Mizan. Selain dari kami terdapat juga beberapa buah kereta lain yang memilih lokasi yang sama.
lokasi kami di seberang masjid
antara belon yang mengambil bahagian
yang ini semakin rendah
akhirnya terpaksa
Sunday, March 11, 2012
Perjalanan Balik ke Putrajaya
Selepas menghantar Husna ke rumah tumpangannya, kami memulakan perjalanan untuk balik ke Putrajaya. Sebelum meninggalkan Bandar Indera Mahkota, kami singgah mengisi petrol di stesyen Petronas di IM 2. Kemudian kami singgah pula di Jaya Gading untuk membeli keropok untuk dibawa balik.
di stesyen Petronas
Fogging di Puncak Putra, Bdr Seri Putra
Petang tadi dalam hujan renyai-renyai Pejabat Kesihatan Hulu Langat telah menjalankan fogging di persekitaran Puncak Putra. Sebenarnya dah agak lama fogging tidak dilakukan di kawasan berkenaan. Turut serta dalam operasi ini ialah kakitangan dari Pejabat Kesihatan KLIA. Semasa bersembang dengan petugas dari Pejabat Kesihatan KLIA, beliau memaklumkan terdapat kes denggi di kawasan berkenaan yang menyebabkan operasi besar-besaran terpaksa dijalankan dan sebab itulah team dia dari KLIA terpaksa membantu.
team dari Pejabat Kesihatan KLIA
fogging sedang dijalankan
seluruh kawasan dipenuhi asap
lebih banyak gambar di
Sunday, March 4, 2012
Hantar Husna ke Putrajaya Sentral
Petang tadi ke Putrajaya Sentral untuk menghantar Husna menaiki bas ke Kuantan. Dalam perjalanan balik singgah sebentar di KR1M di Presint 2 untuk membeli sedikit barang keperluan. Kemudian meneruskan perjalanan ke Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi. Akhir sekali singgah pula di Family Store di Taman Impian Putra untuk membeli sedikit lagi keperluan.
di Putrajaya Sentral
antara tempat parking yang masih
free berhampiran dengan Putrajaya Sentral
dalam perjalanan ke seksyen 4 tambahan
iklan tempat makan
baru di Bandar Baru Bangi
lebih banyak gambar di
Friday, March 2, 2012
Tugasan di MAHB
Mulai minggu ini kami memulakan tugasan di MAHB, KLIA Sepang dan dijangka mengambil masa selama 4 minggu. Minggu pertama dah pun berlalu dan baru di peringkat warming-up. Setiap hari kami berulang dari Putrajaya ke MAHB Corporate Office yang letaknya bersebelahan dengan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.
salah satu blok MAHB Corporate Office
[hari pertama di sini]
pas keselamatan pelawat
bahagian belakang tapi
Sunday, February 26, 2012
Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya
Selepas berpanas di tapak Karnival WOW, kami menuju ke Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya bagi mengunjungi Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya yang dah berlansung beberapa hari. Terdapat banyak booth yang mempamer dan menjual buku. Auditorium yang besar itu penuh sesak kerana pengunjung yang datang agak ramai. Isteri dan Nasrin sempat membeli beberapa buah buku sebelum kami meninggalkan ekspo berkenaan.





pintu masuk utama ke ekspo
jadual program
booth pameran
lebih banyak gambar di
Subscribe to:
Posts (Atom)






