Friday, July 13, 2018

13_07_2018

breakfast pagi ni ~ mee goreng beli kat cafe aras 17 blok menara, telor rebus bawa dari rumah & black coffee bancuh sendiri.



semasa raptai penuh pembukaan Parlimen ke14.
ambil ubat yang telah ditempah melalui email di farmasi klinik kesihatan p9.

MEMORI PADA HARI INI SETAHUN YANG LALU (2017)







Thursday, July 12, 2018

12_07_2018

berita pagi ini ~ satu cabaran.
pagi ni BP reading is getting better.
kejap lagi nak pergi raptai Majlis Pembukaan Sidang Parlimen ke14.




semasa raptai pembukaan sidang Parlimen ke14. 

MEMORI PADA HARI INI 10 TAHUN YANG LALU (2008)


semasa AGM Persatuan Penduduk Pangsapuri Putra Harmoni... masa tu masih menjadi penduduk tetap pangsapuri berkenaan & merupakan Bendahari Persatuan Penduduk.

Wednesday, July 11, 2018

11_07_2018

rutin harian.. buat self monitoring selepas breakfast. Alhamdulillah, reading BP hari agak ok.

MEMORI PADA HARI INI 7 TAHUN YANG LALU (2011)
semasa dalam perjalanan ke Kota Kinabalu untuk tugasan di sana.

Tuesday, July 10, 2018

10_07_2018


berada di pejabat after a long weekend tapi seperti biasa tiada work load sangat.
Lepas breakfast terus buat self monitoring & BP hari ni agak ok.


Menonton penerangan mengenai sidang Dewan Rakyat oleh SU Dewan Rakyat di Rancangan Selamat Malaysia.

MEMORI PADA HARI INI 3 TAHUN YANG LALU (2015)
sahabat menghantar kueh Raya yang ditempah & dapat buah rambutan yang dibawa khas dari Muar.

Monday, July 9, 2018

09_07_2018

masih bercuti ~ ada urusan family yang nak diselesaikan.
berada di UiTM Puncak Alam membawa Husna menghantar thesis dia.
Quick bite ~ membeli sandwich di kiosk sementara tunggu Husna sebab dah kelaparan.
selepas selesai urusan Husna, singgah pula untuk brunch di McD.

MEMORI PADA HARI INI 2 TAHUN YANG LALU (2016)



semasa menghadiri majlis perkahwinan anak ayah Wan Samsudin di Jengka 19.

Sunday, July 8, 2018

08_07_2018

singgah di R&R Seremban (S) semasa dalam perjalanan ke Seremban.
breakfast dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Seremban.
hantar Hamnah untuk exam last paper bagi semester ini.
selepas hantar Hamnah kami bertiga terlajak sampai ke PD Waterfront. Sempat juga bergambar sikit walaupun hujan belum berhenti.
dari PD terus ke Palm Mall Seremban untuk window shopping sementara tunggu Hamnah habis exam.
sampai je di rumah terus ke majlis perkahwinan jiran depan rumah.
di majlis tu berkesempatan makan semeja dengan sdr Azizul (Sdara) yang juga jiran selorong.
selepas makan di majlis tu terus ke majlis rumah terbuka di Sg Buluh.
walaupun bermacam makanan menarik disediakan tapi durian juga pilihan utama.
sebelah malam menerima kunjungan Arman & Ana serta anak2.

MEMORI PADA HARI INI 10 TAHUN YANG LALU (2008)

semasa bertugas di Highway SILK..

Saturday, July 7, 2018

07_07_2018


pagi tadi kami berdua meneruskan aktiviti morning walk.

selesai morning walk kami ke Tesco Bdr Puteri Bangi untuk membeli bahan untuk masak makanan bagi meraikan kedatangan kawan2 ke rumah sempena Aidil Fitri.