Thursday, July 19, 2018

19_07_2018

makanan hari ini kena dibantu dengan kicap ni... kurang rasa.
durian Belanda ni dah terlebih masak sebab tak sempat petik semalam. Dah tak boleh potong.. Tak tahu bila boleh makan lagi sebab dan tiada buah lain di pokok.

MEMORI PADA HARI INI 5 TAHUN YANG LALU (2013)
semasa bertugas di Cradle Fund Sdn. Bhd.

Wednesday, July 18, 2018

18_07_2018

cuti kecemasan hari ini sebab nak ke Felda Keratong 2 untuk ziarah arwah Bonda Wan Munah yang meninggal petang semalam. Semuga perjalanan kami diberkati & dilindungi Allah.
singgah breakfast di Medan Selera Bandar Seri Jempul sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Keratung 2.


di tanah perkuburan Felda Keratung 2 semasa pengebumian jenazah Bonda Wan Munah.

sempat lagi bergambar dengan waris2 yang datang menziarah.
singgah lunch di Hentian Rehat Muadzam Shah.

makan durian semasa singgah di rumah adik Norkhazimah di Perumahan UNITEN.
makan manggis semasa singgah di kampung.
membeli patin semasa singgah di Temerloh.
singgah di Hentian Gombak untuk solat.


singgah dinner di Restoran Gelegok Sup di Sg Merab sebelum balik ke rumah.
Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.

MEMORI PADA HARI INI 12 TAHUN YANG LALU (2006)
menginap di sini semasa bertugas di KESEDAR.

Tuesday, July 17, 2018

17_07_2018







Telah berlangsung Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Yang Ke14 2018 di Bangunan Parlimen.

Monday, July 16, 2018

16_07_2018

paper melaporkan mengenai penggal pertama parlimen ke14 selepas pertukaran kerajaan persekutuan.

ketibaan Ahli2 Parlimen di lobi Blok Utama Parlimen untuk majlis angkat sumpah.
Majlis angkat sumpah dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh SUB Pengurusan Dewan Rakyat.
Majlis diteruskan dengan pelantikan YDP Dewan Rakyat.
sampai ke rumah terus ke belakang rumah untuk petik buah durian Belanda yang dah masak. Tinggal sebiji lagi di atas pokok, maybe sehari dua lagi boleh dipetik.

MEMORI PADA HARI INI 6 TAHUN YANG LALU (2012)


program jom makan buah anjuran Federal Audit Kelab di tepi Tasik Putrajaya.

Sunday, July 15, 2018

15_07_2018


morning walk lagi pagi ini.

Pekena roti special kat Haji Bistro selepas morning walk. 
selepas breakfast singgah sekejap di Tesco Bdr Puteri Bangi. 

MEMORI PADA HARI INI 2 TAHUN YANG LALU (2016)
melapor diri untuk mula bertugas di Sekretariat PAC Parlimen. 

Saturday, July 14, 2018

14_07_2018

mulakan pagi dengan morning walk.
lepas morning walk bersarapan nasi kerabu golok yang dibeli sebelum morning walk tadi.
kemudian pergi ke CS Supermart Bangi Avenue untuk membeli stok barang dapur.



selepas Asar pergi ke Batang Benar untuk makan durian yang dijual di gerai cendol durian.

dah namanya gerai cendol, kenalah juga rasa cendol selepas makan durian. Cendolnya ok tapi mangkuknya comel sangat... susah nak kacau.

MEMORI PADA HARI INI 9 TAHUN YANG LALU (2009)

park di sini semasa menjalankan tugas di pejabat MAHB.