AJK Penduduk Blok D telah menganjurkan majlis memasak bubur asyura yang diadakan di perkarangan Blok D Pangsapuri Putra Harmoni. Walaupun tidak begitu ramai penduduk yang menyertainya tapi cukuplah untuk menjayakan majlis tersebut. Bubur kemudiannya diagihkan kepada penduduk Blok D.
Menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang SK Putrajaya 2. Semasa majlis ini Nadiah turut menerima Anugerah di atas keputusan peperiksaan dia yang cemerlang.
Bertolak awal ke PD untuk menyertai Family Day dan sebelum sampai masa untuk check-in, singgah dulu di Pantai Saujana, PD bagi membolehkan anak-anak bermain di pantai....