Thursday, September 15, 2011

Persiapan Majlis Aidil Fitri

Minggu depan Sektor Audit Kerajaan Persekutuan akan menganjurkan Majlis Aidil Fitri. Cawangan Audit Syarikat Kerajaan diberi tanggungjawab untuk menghias ruang di mana majlis akan diadakan. Jadi hari ini warga Cawangan Audit Syarikat Kerajaan sibuk membuat persiapan untuk majlis tersebut.

 sibuk mengayam ketupat

 membuat back drop

lebih banyak gambar di

Wednesday, September 14, 2011

Seminar IPSAS di AAN

Hari ini menghadiri Seminar IPSAS di Akademi Audit Negara di Bandar Enstek, Nilai. Bertolak dari Putrajaya selepas menghantar anak-anak ke sekolah dan jalan agak sesak di persimpangan ke Dengkil. Namun begitu sempat sampai ke AAN tepat pada waktu pendaftaran bermula. Seminar berjalan lancar dan ianya berakhir pada jam 4.35 petang.

kesesakan di persimpangan ke Dengkil

salah satu topik yang dibentang

majlis penutup oleh TKAN(P)

lebih banyak gambar di

Sunday, September 11, 2011

Di Nilai 3

Pagi tadi pergi ke Nilai 3 just untuk menemani relatives yang nak shopping tapi akhirnya my wife ter'order' langsir untuk rumah kami. So petang ni semasa on the way balik dari Giant Nilai, kami singgah semula di Nilai 3 untuk mengambil langsir yang telah siap dijahit...

kedai langsir

Saturday, September 10, 2011

Majlis Perkahwinan di Bandar Tun Razak

Menghadiri majlis perkahwinan salah seorang ahli keluarga kami yang berkahwin dengan penduduk di Jalan Ikhlas 5, Bandar Tun Razak. Agak ramai sedara mara yang datang dari Pahang untuk mengiringi pengantin dan ditambah pula oleh sedara mara yang sememangnya menetap di sekitar KL dan kawasan yang sama waktu dengannya.

majlis diadakan di kawasan ini

paluan kompang mengiringi pengantin

Nadiah beratur untuk mendapatkan makanan

lebih banyak gambar di

Ziarah Aidil Fitri di Tmn Jaya, Bdr Tun Razak

Selepas menghadiri majlis perkahwinan di Jalan Ikhlas 5, Bdr Tun Razak terus pergi ke Taman Jaya Bandar Tun Razak bagi ziarah Aidil Fitri di rumah relative yang tinggal di situ bersama-sama dengan relatives yang lain. Ianya merupakan satu gathering yang tak dirancang yang melibatkan berbelas family....

rumahnya terletak di jalan ini

Ziarah Aidil Fitri di Bdr Baru Bangi

Selesai berziarah di Bandar Tun Razak rombongan meneruskan perjalanan ke Seksyen 4, Bdr Baru Bangi...

antara yang hadir

berkumpul bersama sedara mara

banyak hidangan yang disajikan

lebih banyak gambar di

Friday, September 9, 2011

Kesesakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Putrajaya

Kesesakan biasa berlaku di sini pada waktu balik kerja sekiranya tapak Pasar Tani dipindahkan ke kawasan ini. Perpindahan selalu berlaku sekiranya ada function lain yang nak menggunakan tapak asal Pasar Tani. Punca sebenar kesesakan adalah disebabkan pengunjung Pasar Tani yang meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan. Dulu-dulu ada juga nampak pihak berkuasa seperti Polis Trafik dan Perbadanan Putrajaya menyaman tapi sejak kebelakangan ni macam dah halal pula parking kat tepi jalan tu. Yang susahnya orang yang nak balik kerja.....

kesesakan bermula

kereta yang parking di tepi jalan