Wednesday, October 12, 2011

Melalui Jalan Maarof

Hari ini seperti biasa Jalan Maarof, Bangsar menjadi laluan untuk sampai ke Pusat Bandar Damansara. Oleh kerana hari ini jadi penumpang, so dapatlah merakamkan beberapa gambar yang sebelum ini tak pernah sempat nak halakan kamera.

mula memasuki Jalan Maarof

antara yang menarik di Jalan Maarof

semasa menghampiri 
Pusat Bandar Damansara

apa yang lajunya??

Saturday, October 8, 2011

Di Petronas Presint 9D

Pagi tadi selepas menghantar Hamnah ke sekolah untuk menghadiri kelas tambahan, aQ singgah di Petronas Presint 9D untuk top up kad T&G sebagai persediaan untuk perjalanan balik ke Kuantan pada petang nanti.

Mee Kari Special

Dalam perjalanan dari Kuantan ke Belimbing kami singgah di Pusat Perhentian Gambang untuk makan mee kari special di Gerai No 12. Seperti biasa gerai berkenaan sentiasa penuh dengan pelanggan sehinggakan sukar untuk mendapatkan meja. Dah dapat meja, terpaksa menunggu pula untuk mendapat makanan. Namun begitu ianya berbaloi sebab mee ini memang sedap dan harganya pun agak berpatutan.

gerainya terletak di sini

inilah gerainya

inilah mee karinya

Thursday, October 6, 2011

Ke Klinik Kesihatan Putrajaya

Hari ini sekali lagi aQ bercuti sebab ada appoinment di Klinik Kesihatan Putrajaya. Khamis minggu lepas buat blood & urine test, minggu ini baru ada appoinment jumpa doktor. Seperti biasalah bilangan pesakit yang nak dapatkan rawatan begitu ramai sampaikan dah tiada tempat nak letak kereta. Jadi terpaksalah letak kereta di tepi-tepi jalan tapi nasib baiklah setakat ini tiada lagilah yang kena saman.

tempat letak kereta yang sentiasa penuh

terpaksa park di tepi jalan

Sunday, October 2, 2011

Gunting Rambut

Pagi tadi pergi gunting rambut tapi kedai yang selalu pergi tu terlalu ramai pelanggan dan Qnya sangat panjang. So, akhirnya cuba pergi ke kedai gunting Al Ihsan yang sebelum ni pernah juga bergunting kat sini. Kat sini Qnya pun panjang tapi taklah seramai kedai Serambi Mekah tu. Setelah menunggu hampir 30 minit sampailah giliran aQ.....

bergunting di sini

kedai yang selalu pergi sebelum ini

Saturday, October 1, 2011

Jemputan Makan-Makan

Petang tadi menghadiri jemputan majlis makan-makan di rumah office mate di Jalan P11A 5/6 Presint 11, Putrajaya. Majlis diadakan sempena birthday anak dia dan mungkin juga lanjutan musim Raya.

 majlisnya

majlis diadakan di jalan ini

suasana di jalan berkenaan

Tuesday, September 27, 2011

Kesesakan di NPE

Selalunya laluan ini tak pernah sesak tapi berlainan pula pagi tadi. Trafik begitu sesak di kawasan ini semasa dalam perjalanan menuju ke Bangsar untuk ke Pusat Bandar Damansara. Disebabkan kesesakan itu terlewat sampai ke Pusat Bandar Damansara.

kesesakan bermula di sini

sesak sampai ke sini

hampir dengan Angkasapuri