Saturday, April 28, 2007

Laman Seni Putrajaya

Petang tadi kami ke Laman Seni Putrajaya yang diadakan di Dataran Putra, berhampiran dengan Masjid Putra. Berbagai acara diadakan dan terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai barang jualan.

khemah urusetia

gerai menjual barang tembikar

gerai menjual tikar dan macam-macam lagi

gerai menjual barang anyaman

lebih banyak gambar di

Santai Petang

Selepas meluangkan sedikit masa di Laman Seni dan mendapati tiada apa yang menarik, kami beredar ke Promenade dan pinggiran tasik untuk lepak-lepak.

landmark yang menarik

di pinggiran tasik

pengkalan Cruise Tasik

laluan Cruise Tasik

pakej Cruise Tasik

promenade

lebih banyak gambar di

Friday, April 27, 2007

Melintas di Zebra Crossing

Sewaktu mengambil Nasrin di sekolah tadi aQ sempat menyaksikan kesukaran untuk anak-anak sekolah melintas jalan walaupun zebra crossing telah disediakan. Semasa belum ada zebra crossing dulu memanglah sukar tapi kini dah ada pun masih sukar. Kesukaran ini disebabkan sikap sebahagian pemandu yang tidak menghormati pejalan kaki terutama anak-anak sekolah untuk melintas.

kereta masih tak mahu berhenti 
walaupun dah lama anak-anak ni menunggu

ini pun sama juga

pemandu bas Nadi Putra ni bagus

lebih banyak gambar di

Gaya Fahmi

Inilah beberapa gaya Fahmi yang sempat dirakamkan.


lebih banyak gambar di

Sunday, April 22, 2007

Singgah di Hutan Lipur Lentang

Semasa dalam perjalanan pulang dari Belimbing kami singgah sebentar di Hutan Lipur Lentang untuk berehat dan mandi-mandi. Sebenarnya ini adalah kali pertama kami singgah di situ walaupun selalu melintasi kawasan ini sewaktu dalam perjalanan pergi dan balik ke kampong. Tempatnya menarik juga tapi kemudahan yang disediakan agak uzur terutamanya jambatan gantung untuk melintas sungai tu.

antara kemudahan yang disediakan

jambatan gantung yang agak uzur

dah berada dalam air

masih di atas tebing

air yang cetek sesuai untuk mandi

lebih banyak gambar di

Sungai Pahang di Musim Kemarau

Hujung minggu ni kami sekeluarga balik ke Belimbing. Sekarang ni musim kemarau kat kampung hinggakan Sungai Pahang yang terkenal dengan kedalaman airnya menjadi kering dan cetek. Kesempatan yang ada digunakan untuk bersantai di sungai dan mengharungi air yang cetek. Disebabkan air yang cetek, boat juga terpaksa ditinggalkan di tengah-tengah sungai di mana airnya lebih dalam. 

air sungai yang sangat cetek

boat yang ditinggalkan di tengah-tengah sungai

lebih banyak gambar di

Thursday, April 19, 2007

Penerbangan Balik

Setelah dua hari berada di Kuantan menjalankan tugasan, tiba masanya untuk balik ke Putrajaya. Selepas breakfast kami meninggalkan hotel dan menuju ke airport untuk menaiki penerbangan ke KLIA. Dari KLIA kami menaiki KLIA Transit untuk sampai ke Putrajaya.

dah sampai ke airport Kuantan

dalam airport Kuantan

semasa nak menaiki pesawat

semasa dalam KLIA Transit

lebih banyak gambar di

Wednesday, April 18, 2007

Hari Kedua di Kuantan

Hari ini kami meneruskan lagi tugasan di Kuantan pada sebelah paginya. Tugasan dapat disiapkan lebih awal dari yang dijangkakan dan kami masih punya banyak masa. Jadi pada sebelah petangnya kami menjelajahi beberapa tempat di sekitar Kuantan. Mula-mula kami ke Tanjung Lumpur untuk meninjau keadaan Suntiana Resort untuk dijadikan venue Family Day yang akan datang. Selepas ke Suntiana Resort kami terus ke Teluk Chempedak just untuk bersantai sekejap. Akhir sekali kami meneruskan perjalanan ke Kuala Kemaman untuk minum petang.

boat nelayan di Sungai Kuantan - 
dirakam dari bilik Hotel Megaview

Kuantan Waterfront - berhampiran dengan hotel

ke Suntiana Resort di Tanjung Lumpur

chalet di Suntiana Resort

Restoran di Teluk Chempedak

kedai t-shirt di Teluk Chempedak

pantai Teluk Chempedak

lebih banyak gambar di

Ke Kuala Kemaman

Selepas melepak di Teluk Chempedak kami meneruskan perjalanan ke Kuala Kemaman untuk makan sata dan ikan celup tepung. Selepas makan kami singgah pula di gerai yang menjual keropok kering di tepi jalan untuk membeli sedikit keropok untuk dibawa balik.

makan di warung ini

sata sedang dibakar

membeli keropok di sini

membeli keropok & ikan masin

lebih banyak gambar di