Hari ini kami meneruskan lagi tugasan di Kuantan pada sebelah paginya. Tugasan dapat disiapkan lebih awal dari yang dijangkakan dan kami masih punya banyak masa. Jadi pada sebelah petangnya kami menjelajahi beberapa tempat di sekitar Kuantan. Mula-mula kami ke Tanjung Lumpur untuk meninjau keadaan Suntiana Resort untuk dijadikan venue Family Day yang akan datang. Selepas ke Suntiana Resort kami terus ke Teluk Chempedak just untuk bersantai sekejap. Akhir sekali kami meneruskan perjalanan ke Kuala Kemaman untuk minum petang.
boat nelayan di Sungai Kuantan -
No comments:
Post a Comment