Hari pertama di Bukit Merah Laketown Resort bagi menghadiri Persidangan Pegawai ICT sebagai wakil dari Sektor Audit Kerajaan Persekutuan. Actually ini adalah kali pertama aQ menjejakkan kaki ke Resort ini. Penginapan yang disediakan secara twin sharing dan agak selesa. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam semasa mula sampai sebelum persidangan bermula.
aerial view kawasan
Resort dari tempat penginapan
pool yang agak besar untuk aktiviti air
pelbagai jenis tempat
penginapan disediakan
tempat penginapan
peserta persidangan
Setelah selesai urusan check-in aQ dan beberapa rakan keluar untuk membeli sesuatu. Oleh kerana tidak berapa pasti apa pekan/bandar terdekat, so kami bergerak tanpa tujuan tertentu. Sedar-sedar kami dah sampai ke pekan Selama setelah menyusuri jalan-jalan negeri dan perjalanannya agak jauh juga. Sesampai di sana kami berhenti untuk membasahkan tekak dan seterusnya membeli barang yang diperlukan.
di Pekan Selama
lebih banyak gambar di
No comments:
Post a Comment