Hari ini membawa Nasrin ke Jabatan Pendaftaran Negara di Presint 2 Putrajaya bagi memohon kad pengenalannya. Nasib juga sekarang ni Ibu Pejabat JPN dan pejabat-pejabat negeri beroperasi separuh hari pada hari Sabtu dan Ahad. Dengan adanya kemudahan sebegini, pengguna taklah perlu bercuti untuk berurusan dengan perkhidmatan kerajaan. Mulanya rasa nak marah juga bila semakan dibuat di kaunter pertanyaan, petugas memaklumkan maklumat sijil kelahiran Nasrin belum dikemaskini dalam sistem. Untuk mengemaskini, perlu pergi ke kaunter di Bahagian Kelahiran dan setelah maklumat dikemaskini barulah urusan permohonan kad pengenalan dapat dilakukan. Tapi nasib baik juga sebab urusan mengemaskini tu taklah lama sangat. Secara keseluruhannya, urusan memohon kad pengenalan termasuk mengemaskini maklumat sijil kelahiran tidak sampai sejam.
laluan ke JPN
penunjuk arah ke JPN
laluan masuk utama
berurusan di sini
lebih banyak gambar di
No comments:
Post a Comment