Selepas menghantar Hamnah ke SMK Putrajaya P9(2) untuk menghadiri tuisyen, kami ke Mydin Bazaar di Presint 15 untuk membeli grocery. Dalam perjalanan ke sana kami singgah sekejap di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di Presint 2 untuk saja-saja membandingkan harga. Terlanjur dah singgah, kami membeli tiga jenis barang di situ untuk tujuan perbandingan. Beras dan krimer sejat memang tidak boleh dibandingkan kerana ianya adalah produk 1 Malaysia dan tidak dijual di tempat lain tapi yang menarik perhatian ialah barang ini:
Sardin King Cup 425gm
resit pembelian di KR1M - RM4.99
price tag di Mydin Bazaar - RM4.65
Pengalaman ini menjadi pengajaran supaya tidak sewenang-wenang mempercayai harga barang di KR1M adalah murah. Sebagai pengguna kita perlu membanding kan harga barang-barang di pelbagai hypermarket, supermarket, kedai runcit, 7-11 atau KR1M.
No comments:
Post a Comment