Saturday, March 31, 2012

AGM PIBG & Majlis Aku Janji Murid

Pagi tadi aQ menghadiri AGM PIBG & Majlis Aku Janji Murid SMK Putrajaya P9(2). Majlis Aku Janji adalah bagi calon-calon PMR dan SPM 2012 dan perasmian kedua-dua majlis telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Putrajaya. Kehadiran ibubapa semasa Majlis Aku Janji Murid amatlah menggalakkan tapi keadaan berubah semasa AGM yang diadakan selepas jamuan ringan. Bilangan ibubapa yang hadir semasa AGM amatlah mengecewakan.

pintu masuk utama 
ke SMK Putrajaya P9(2)
dirasmikan oleh 
YB Ahli Parlimen Putrajaya
persembahan pelajar menyerikan majlis
pelajar bersedia untuk berikrar Aku Janji
ibubapa berbincang dengan guru semasa 
sesi ibubapa menandatangani Aku Janji
barisan AJK PIBG 
semasa AGM berlangsung

lebih banyak gambar di

Sunday, March 25, 2012

Ke Seksyen 7, Bdr Baru Bangi

Semasa dalam perjalanan pulang ke Bdr Seri Putra selepas mengambil Hamnah di SMK Putrajaya P9(2), kami singgah pula di Seksyen 7, Bdr Baru Bangi bagi membuat spec untuk my wife di Menara Optometry. Di sebelah kedai spec tu terdapat sebuah pusat kecantikan kereta yang memberikan pelbagai perkhidmatan untuk mencantikkan kereta termasuk wax & polish.
 namanya pun dah menarik

Di hadapan kedai spec tu pula terdapat sebuah restoran 2 tingkat yang yang menyediakan hidangan ayam kampung. Sebenarnya aQ pernah makan di sini semasa bertugas di kawasan ini pada hujung tahun lepas. Kalau waktu lunch pengunjungnya memang ramai hinggakan sukar nak dapatkan meja.
cukup luas tapi sentiasa penuh

lebih banyak gambar di

Saturday, March 24, 2012

Ekspo Selangkah ke UiTM

Pagi tadi selepas menghantar Hamnah ke SMK Putrajaya P9(2) untuk ke kelas tuisyen, kami ke UiTM Shah Alam untuk mengunjungi Ekspo Selangkah ke UiTM yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor bagi mendapatkan maklumat untuk Nadiah mengenai kemasukan ke UiTM.

mengalu-alukan pengunjung
tempat Ekspo diadakan
panduan kepada pengunjung
antara booth pameran
Nadiah sedang beratur di kaunter semakan
Nadiah sedang menyemak kelayakan

lebih banyak gambar di

Saturday, March 17, 2012

Putrajaya Hot Air Balloon 2012

Petang tadi aQ bersama keluarga ke Putrajaya untuk menyaksikan pertunjukan belon panas di Putrajaya Hot Air Balloon. Untuk mengelakkan kesesakan kami memilih untuk menyaksikan pertunjukan itu dari jauh sahaja tanpa perlu ke tapak pesta. Kami ke kawasan lapang di jalan yang menuju ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan betul-betul di seberang Masjid Sultan Mizan. Selain dari kami terdapat juga beberapa buah kereta lain yang memilih lokasi yang sama.

 lokasi kami di seberang masjid
antara belon yang mengambil bahagian
yang ini semakin rendah
akhirnya terpaksa 
landing di atas jalanraya
 my family

lebih banyak gambar di

Sunday, March 11, 2012

Perjalanan Balik ke Putrajaya

Selepas menghantar Husna ke rumah tumpangannya, kami memulakan perjalanan untuk balik ke Putrajaya. Sebelum meninggalkan Bandar Indera Mahkota, kami singgah mengisi petrol di stesyen Petronas di IM 2. Kemudian kami singgah pula di Jaya Gading untuk membeli keropok untuk dibawa balik.

di stesyen Petronas
gerai keropok di Jaya Gading

lebih banyak gambar di

Fogging di Puncak Putra, Bdr Seri Putra

Petang tadi dalam hujan renyai-renyai Pejabat Kesihatan Hulu Langat telah menjalankan fogging di persekitaran Puncak Putra. Sebenarnya dah agak lama fogging tidak dilakukan di kawasan berkenaan. Turut serta dalam operasi ini ialah kakitangan dari Pejabat Kesihatan KLIA. Semasa bersembang dengan petugas dari Pejabat Kesihatan KLIA, beliau memaklumkan terdapat kes denggi di kawasan berkenaan yang menyebabkan operasi besar-besaran terpaksa dijalankan dan sebab itulah team dia dari KLIA terpaksa membantu.

team dari Pejabat Kesihatan KLIA
fogging sedang dijalankan
seluruh kawasan dipenuhi asap

lebih banyak gambar di

Sunday, March 4, 2012

Hantar Husna ke Putrajaya Sentral

Petang tadi ke Putrajaya Sentral untuk menghantar Husna menaiki bas ke Kuantan. Dalam perjalanan balik singgah sebentar di KR1M di Presint 2 untuk membeli sedikit barang keperluan. Kemudian meneruskan perjalanan ke Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi. Akhir sekali singgah pula di Family Store di Taman Impian Putra untuk membeli sedikit lagi keperluan.
di Putrajaya Sentral
antara tempat parking yang masih 
free berhampiran dengan Putrajaya Sentral
dalam perjalanan ke seksyen 4 tambahan
iklan tempat makan 
baru di Bandar Baru Bangi

lebih banyak gambar di

Friday, March 2, 2012

Tugasan di MAHB

Mulai minggu ini kami memulakan tugasan di MAHB, KLIA Sepang dan dijangka mengambil masa selama 4 minggu. Minggu pertama dah pun berlalu dan baru di peringkat warming-up. Setiap hari kami berulang dari Putrajaya ke MAHB Corporate Office yang letaknya bersebelahan dengan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.
salah satu blok MAHB Corporate Office
[hari pertama di sini]
pas keselamatan pelawat
bahagian belakang tapi 
menghadap Elite Highway

Masjid Sultan Abdul Samad yang terletak berhampiran amat memudahkan untuk menunaikan solat Jumaat tengahari tadi, cuma berjalan kaki saja dari pejabat.
 Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA

lebih banyak gambar di