Pagi tadi aq ke SK Putrajaya P9(2) bagi mengiringi Nasrin ke dewan peperiksaan bagi menduduki peperiksaan UPSR hari ketiga, iaitu hari terakhir. Sepatutnya aq telah berbuat demikian setiap hari sejak hari pertama lagi tapi oleh kerana kesibukan dengan tugas, aq gagal melakukannya. Hari ini by hook or by crook aq buat keputusan untuk pergi juga. Majlis dimulakan dengan majlis bacaan yassin dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya para calon bersalaman dengan ibubapa masing-masing dan juga guru bagi mendapat restu. Sebenarnya ramai ibubapa yang hadir dan ada diantaranya memang bercuti selama tiga hari. Entah apa perasaan Nasrin pada dua hari yang lepas semasa ketiadaan aq mengiringinya ke dewan???
berada di sini
calon mendengar pesanan ringkas
dari ustaz selepas majlis bacaan Yassin
barisan guru tahun 6 yang dedikasi
calon bersalaman dengan
ibubapa masing-masing
calon bersalaman dengan guru-guru mereka
guru besar yang dedikasi
calon menuju ke dewan peperiksaan
lebih banyak gambar di
No comments:
Post a Comment