Thursday, April 19, 2007

Penerbangan Balik

Setelah dua hari berada di Kuantan menjalankan tugasan, tiba masanya untuk balik ke Putrajaya. Selepas breakfast kami meninggalkan hotel dan menuju ke airport untuk menaiki penerbangan ke KLIA. Dari KLIA kami menaiki KLIA Transit untuk sampai ke Putrajaya.

dah sampai ke airport Kuantan

dalam airport Kuantan

semasa nak menaiki pesawat

semasa dalam KLIA Transit

lebih banyak gambar di

Wednesday, April 18, 2007

Hari Kedua di Kuantan

Hari ini kami meneruskan lagi tugasan di Kuantan pada sebelah paginya. Tugasan dapat disiapkan lebih awal dari yang dijangkakan dan kami masih punya banyak masa. Jadi pada sebelah petangnya kami menjelajahi beberapa tempat di sekitar Kuantan. Mula-mula kami ke Tanjung Lumpur untuk meninjau keadaan Suntiana Resort untuk dijadikan venue Family Day yang akan datang. Selepas ke Suntiana Resort kami terus ke Teluk Chempedak just untuk bersantai sekejap. Akhir sekali kami meneruskan perjalanan ke Kuala Kemaman untuk minum petang.

boat nelayan di Sungai Kuantan - 
dirakam dari bilik Hotel Megaview

Kuantan Waterfront - berhampiran dengan hotel

ke Suntiana Resort di Tanjung Lumpur

chalet di Suntiana Resort

Restoran di Teluk Chempedak

kedai t-shirt di Teluk Chempedak

pantai Teluk Chempedak

lebih banyak gambar di

Ke Kuala Kemaman

Selepas melepak di Teluk Chempedak kami meneruskan perjalanan ke Kuala Kemaman untuk makan sata dan ikan celup tepung. Selepas makan kami singgah pula di gerai yang menjual keropok kering di tepi jalan untuk membeli sedikit keropok untuk dibawa balik.

makan di warung ini

sata sedang dibakar

membeli keropok di sini

membeli keropok & ikan masin

lebih banyak gambar di

Tuesday, April 17, 2007

Sampai ke Kuantan

Hari ini kami sampai ke Kuantan untuk menjalankan sedikit tugasan di Kuantan. Dari airport kami singgah di Restoran Zaman yang terletak di Laluan Kuantan - KL tapi tak jauh dari airport untuk breakfast. Restoran ini sebenar dah terkenal dengan nasi lemaknya sejak zaman aQ kerja kat Kuantan lagi. Dari kedai papan kini dan tukar ke bangunan konkrit. Selesai breakfast kami meneruskan perjalanan ke pusat bandar untuk memulakan tugasan. Selesai tugas untuk hari ini barulah kami pergi check-in di Hotel Megaview yang letaknya berhampiran dengan Sungai Kuantan.

sewaktu tiba di Lapangan Terbang Kuantan

singgah breakfast di Restoran Zaman
yang terkenal dengan nasi lemaknya

bandar Kuantan dari Tingkat 6 Wisma Persekutuan

lebih banyak gambar di

Sunday, April 15, 2007

Pesta Air Putrajaya 2007 [Hari Kedua]

Hari ini sekali lagi kami sekeluarga ke Pesta Air Putrajaya di Presint 6 Putrajaya. Berbagai acara terus diadakan termasuk beberapa pertandingan peringkat akhir bagi acara yang telah diadakan semalam.

inilah pestanya

pertandingan yang dijalankan di hari kedua

acara selingan

my family

penganjur pesta

Presiden Perbadanan Putrajaya

lebih banyak gambar di

Saturday, April 14, 2007

Pesta Air Putrajaya 2007 [Hari Pertama]

Tahun ini sekali lagi Perbadanan Putrajaya menganjurkan Pesta Air di Kompleks Sukan Air, Presint 6 Putrajaya. Berbagai acara yang berkaitan dengan air telah diadakan.

publisiti pesta untuk menarik pengunjung

mengalukan kedatangan pengunjung

kesukaan kanak-kanak

pertandingan mewarna

Erin turut mewarna

ibu-ibu memberi sokongan

hadiah yang ditawarkan

perlumbaan perahu panjang sedang berlangsung

lengang sebab semua pengunjung 
menumpukan perhatian ke acara di tasik

gerai minuman pun lengang

tak dapat hadiah, dapat belon pun dah OK

cukuplah untuk hari pertama

lebih banyak gambar di