Friday, September 23, 2011

Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya

Petang tadi semasa melintasi Blok C Pangsapuri Putra Harmoni, ternampak satu jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya & Rumah Terbuka Pangsapuri Putra Harmoni yang akan diadakan pada hari esuk [Sabtu - 24 Sept 2011]. Belum pasti samada nak pergi atau ke majlis tersebut......

Wednesday, September 21, 2011

Kesesakan di Presint 9

Mulanya dulu ingatkan kesesakan hanya berlaku pada hari tertentu saja tapi ianya berlaku setiap pagi semenjak lepas Aidil Fitri baru-baru ni. Kini ianya memang dah jadi rutin, kesesakan akan berlaku di kawasan ini pada setiap pagi hari bekerja..

di belakang SK Putrajaya P9(2)

berhampiran dengan Petronas

di hadapan Balai Bomba

Kesesakan di Pintu 1

Kesesakan yang teruk telah berlaku di laluan keluar dari Putrajaya melalui Pintu 1 pada petang tadi. Melalui laluan itu pada jam 6.50 petang dan dikatakan telah bermula sejak jam 5.00 lagi. Ianya bermula dari Presint Diplomatik [kawasan Mydin] sampai ke trafic light berhampiran gerai nasi dagang Pintu 1 bagi kenderaan yang menuju ke Sg Merab tapi bagi yang menuju ke Abu Bakar Baginda, kesesakan masih berterusan entah sampai ke mana? Kesesakan sebenarnya disebabkan kenderaan yang menghala ke Kg Abu Bakar Baginda tidak berjalan lancar dan ianya turut menjejaskan kenderaan yang nak menghala ke Sg Merab. Dahlah jalan sesak, hujan pulak tu.......

 
menghampiri trafic light simpang ke Pintu 1

di hadapan kampus Inspen

Monday, September 19, 2011

Majlis Aidil Fitri 2011

Hari ini berlangsung Majlis Aidil Fitri Sektor Audit Kerajaan Persekutuan di ruang legar di hadapan Cawangan Audit Syarikat Kerajaan. Majlis telah dihadiri oleh TKAN(P) dan para jemputan yang lain selain dari warga Sektor Audit Kerajaan Persekutuan di Ibu Pejabat.


lebih banyak gambar di

Saturday, September 17, 2011

Ke Bandar Baru Bangi & Putrajaya

Petang tadi ke Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi menghantar my wife membeli peralatan jahitan di Karysma Store. Selepas tu ke Putrajaya pula bagi menghadiri majlis Aidil Fitri di rumah Jefri. Sebelum balik ke BSP singgah di Petronas bagi membeli tiket bas Transnasional untuk Husna balik ke Kuantan.

di Jalan 4/11B Seksyen 4 Tambahan

singgah di sini untuk membeli tiket bas

Friday, September 16, 2011

Solat Jumaat di Masjid Al Azhar, KUIS

Hari ini aq menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Azhar, KUIS. Sebenarnya dah agak lama aq tidak solat Jumaat di masjid ini kerana dah lama cuti umum tak jatuh pada hari Jumaat. Kalau hari bekerja aq akan solat Jumaat di Putrajaya......

laluan menuju ke masjid

masjid Al Azhar, KUIS

Thursday, September 15, 2011

Mengiringi Nasrin ke Dewan Peperiksaan

Pagi tadi aq ke SK Putrajaya P9(2) bagi mengiringi Nasrin ke dewan peperiksaan bagi menduduki peperiksaan UPSR hari ketiga, iaitu hari terakhir. Sepatutnya aq telah berbuat demikian setiap hari sejak hari pertama lagi tapi oleh kerana kesibukan dengan tugas, aq gagal melakukannya. Hari ini by hook or by crook aq buat keputusan untuk pergi juga. Majlis dimulakan dengan majlis bacaan yassin dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya para calon bersalaman dengan ibubapa masing-masing dan juga guru bagi mendapat restu. Sebenarnya ramai ibubapa yang hadir dan ada diantaranya memang bercuti selama tiga hari. Entah apa perasaan Nasrin pada dua hari yang lepas semasa ketiadaan aq mengiringinya ke dewan???

berada di sini

calon mendengar pesanan ringkas 
dari ustaz selepas majlis bacaan Yassin

barisan guru tahun 6 yang dedikasi

calon bersalaman dengan
ibubapa masing-masing

calon bersalaman dengan guru-guru mereka

guru besar yang dedikasi

calon menuju ke dewan peperiksaan

lebih banyak gambar di