Sunday, October 30, 2011

Ke Sukan Tahunan SK Putrajaya P9(2)

Pagi tadi menghantar Nasrin ke SK Putrajaya P9(2) untuk menghadiri Sukan Tahunan sekolah berkenaan. AQ tidak singgah sebab dia pun tak ada ambil bahagian, cuma jadi tukang sorak. Namun begitu aQ hadir semasa majlis penutup pada waktu tengahari dan seterusnya untuk mengambil dia. Semasa majlis penutup sedang berlangsung hujan turun dengan lebatnya menyebabkan semua yang terlibat basah kuyup.

 bersedia untuk majlis penutup

hujan lebat - petugas berteduh di khemah

pelajar juga berteduh 
di khemah masing-masing

lebih banyak gambar di

Menghadiri Majlis di P7B3

Selepas menghadiri majlis penutup sukan tahunan SK Putrajaya P9(2) kami menghadiri Majlis Kesyukuran di P7B3, Presint 9 Putrajaya.

 Putra Harmoni dari tingkat 15, P7B3

lebih banyak gambar di

Saturday, October 29, 2011

Ke Mesra Pet Shop

Pagi tadi nak bawa anak kucing yang sakit ke klinik haiwan. Mula-mula kami pergi ke Klinik Haiwan di Taman Impian Putra tapi servisnya amat limited. Kemudian kami ke Mesra Pet Shop di S7, Bandar Baru Bangi. Sampai di sana agak awak dan klinik belum buka lagi dan terpaksa menunggu hingga jam 11:30 pagi. Sementara nak tunggu klinik buka kami singgah di Menara Optometry untuk repair spec Nasrin.

Klinik Haiwan di Taman Impian Putra

di Taman Impian Putra - 
singgah membeli washer paip

ke sini mencari klinik haiwan

mendapatkan rawatan 
untuk kucing di sini

lebih banyak gambar di

Saturday, October 22, 2011

Ke Klinik Kesihatan P9

Pagi tadi sekali lagi membawa my wife ke Kllinik Kesihatan P9 Putrajaya untuk pemeriksaan susulan bagi demam denggi. Kami sampai jam 08.00 pagi selepas menghantar Nadiah ke SMK Putrajaya P9(1) & dapat Q no 11. Kira OKlah tu & taklah lama sangat menunggu untuk pendaftaran tapi yang lamanya semasa nak menunggu result ujian darah. Bila result dah dapat, alhamdulillah sebab platelet count dah semakin meningkat. Namun begitu pemeriksaan susulan masih perlu dibuat pada hari Isnin nanti.

semasa di Klinik Kesihatan P9 Putrajaya

lebih banyak gambar di

Servis Exora

Selepas menghantar my wife ke Klinik Kesihatan P9 Putrajaya aQ terus ke Pusat Servis Proton di Taman Bukit Serdang untuk servis Exora. Sesampai di sana, dah ramai pelanggan hinggakan dah tiada tempat letak kereta yang kosong di hadapan pusat servis berkenaan. Nasib baik dah ada appointment, jadi terus dapat perkhidmatan sebaik saja sampai. Oleh sebab kali ini merupakan major service, jadi masa yang diambil agak lama juga hingga hampir jam 12 tengahari.


lebih banyak gambar di

Puncak Langit WiFi

Setelah beberapa hari menggunakan perkhidmatan Wifi yang dibekalkan oleh Pucak Langit WiFi secara percuma dalam tempoh trial, hari ini aQ membeli kad top up untuk mula menggunakannya secara berbayar. Perkhidmatan ini disediakan di kawasan Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 Putrajaya. Pakej yang disediakan agak berpatutan dan kelajuannya agak Ok lah. Dengan RM10 pengguna boleh menggunakan WiFi untuk selama 24 jam dan kad RM5 pula boleh digunakan untuk selama 10 jam dan kedua-duanya sah untuk digunakan selama 30 hari. Pakej ini sesuai untuk light user yang hanya perlu untuk menyemak email ataupun update status Facebook. AQ memerlukan perkhidmatan WiFi semasa berada di Putra Harmoni sementara nak tunggu balik ke Bandar Seri Putra. Setakat ini Pejabat Pengurusan di Blok C merupakan agen tunggal yang menjual kad top up ini bagi pihak Puncak Langit WiFi.

kad prepaid bernilai RM10

bahagian belakang kad prepaid

lebih banyak gambar di

Friday, October 21, 2011

Ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta

Hari ini sekali lagi kami ke Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta bagi menunaikan solat Jumaat. Nak parking senang sebab kami sampai awal tapi problem sikit bila nak keluar. Selain itu masa nak balik terpaksa pusing jauh sikit kat Bulatan Segambut.


lebih banyak gambar di