Saturday, October 22, 2011

Puncak Langit WiFi

Setelah beberapa hari menggunakan perkhidmatan Wifi yang dibekalkan oleh Pucak Langit WiFi secara percuma dalam tempoh trial, hari ini aQ membeli kad top up untuk mula menggunakannya secara berbayar. Perkhidmatan ini disediakan di kawasan Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 Putrajaya. Pakej yang disediakan agak berpatutan dan kelajuannya agak Ok lah. Dengan RM10 pengguna boleh menggunakan WiFi untuk selama 24 jam dan kad RM5 pula boleh digunakan untuk selama 10 jam dan kedua-duanya sah untuk digunakan selama 30 hari. Pakej ini sesuai untuk light user yang hanya perlu untuk menyemak email ataupun update status Facebook. AQ memerlukan perkhidmatan WiFi semasa berada di Putra Harmoni sementara nak tunggu balik ke Bandar Seri Putra. Setakat ini Pejabat Pengurusan di Blok C merupakan agen tunggal yang menjual kad top up ini bagi pihak Puncak Langit WiFi.

kad prepaid bernilai RM10

bahagian belakang kad prepaid

lebih banyak gambar di

No comments:

Post a Comment