Sunday, January 1, 2012

Di Nilai Square, Bdr Baru Nilai

Awal pagi dah pergi ke Giant Nilai untuk membeli grocery. Sebenarnya dah lama tak ke Giant sebab sejak kebelakangan ini selalu membeli grocery di Mydin P15 Putrajaya. On the way back singgah sebentar di Nilai Square untuk ke McDonald sebab anak-anak nak membeli prosperity burger tapi masa jualan untuk burger tu adalah mulai 12pm hingga 3 pm.

rasanya baru lagi ada klinik kat sini

McDonald di hadapan Nilai Square

lebih banyak gambar di

Friday, December 23, 2011

Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan KL

Hari ini sekali lagi aQ dan rakan-rakan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan KL di Jalan Duta sebab kami masih lagi meneruskan tugasan di Pusat Bandar Damansara. Agak lama juga kami tidak ke sini kerana bertugas di luar kawasan dan menunaikan solat Jumaat di Temerloh dan juga Labuan.

 Masjid Wilayah Persekutuan KL

lebih banyak gambar di

Friday, December 9, 2011

Jumaat di Masjid Jame' An Nur

Hari ini merupakan hari terakhir bertugas di Labuan. Selesai saja tugasan hari ini kami menuju ke Masjid Jame' An Nur untuk menunaikan solat Jumaat. Mulanya kami nak pergi menaiki teksi tapi tiada teksi yang nak menghantar kami sebab mereka kata dekat sangat jaraknya. Akhirnya kami berjalan sahaja dari hotel tempat kami menginap ke masjid berkenaan. 

masjid Jame' An Nur 
dari beberapa sudut berbeza

lebih banyak gambar di

Saturday, December 3, 2011

Membeli Durian Di Bandar Baru Bangi

Semasa dalam perjalanan pulang ke Bandar Seri Putra ternampak beberapa gerai menjual durian di sekitar Bandar Baru Bangi. Seperti biasa iklannya menarik seperti "3 biji RM10" tapi bila dah singgah, yang diiklankan dengan harga tu semuannya dah pecah dan hanya layak untuk dibuat tempoyak sahaja. Terlanjur dah singgah beli jugalah yang berharga RM8.00 sekilo. Dengan RM50.00 dapatlah 4 biji sahaja tapi isinya eloklah dan rasanya pun sedap.

durian yang dijual 
dengan harga RM8.00/kilo

lebih banyak gambar di

Friday, November 25, 2011

Jumaat di Masjid Bukit Bendera, Mentakab.

Hari ini kami bertugas di sekitar Mentakab dan selepas lunch di Bukit Angin Temerloh kami menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Bendera di Taman Bukit Bendera, Mentakab.

lebih banyak gambar di

Saturday, November 12, 2011

Ke Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya

Hari ini membawa Nasrin ke Jabatan Pendaftaran Negara di Presint 2 Putrajaya bagi memohon kad pengenalannya. Nasib juga sekarang ni Ibu Pejabat JPN dan pejabat-pejabat negeri  beroperasi separuh hari pada hari Sabtu dan Ahad. Dengan adanya kemudahan sebegini, pengguna taklah perlu bercuti untuk berurusan dengan perkhidmatan kerajaan. Mulanya rasa nak marah juga bila semakan dibuat di kaunter pertanyaan, petugas memaklumkan maklumat sijil kelahiran Nasrin belum dikemaskini dalam sistem. Untuk mengemaskini, perlu pergi ke kaunter di Bahagian Kelahiran dan setelah maklumat dikemaskini barulah urusan permohonan kad pengenalan dapat dilakukan. Tapi nasib baik juga sebab urusan mengemaskini tu taklah lama sangat. Secara keseluruhannya, urusan memohon kad pengenalan termasuk mengemaskini maklumat sijil kelahiran tidak sampai sejam.

laluan ke JPN

 penunjuk arah ke JPN

laluan masuk utama

berurusan di sini

lebih banyak gambar di

Thursday, November 3, 2011

Singgah Lunch di Semenyih

Setelah selesai tugas di Villaraya Industri Park kami singgah lunch di sebuah gerai di Semenyih sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Baru Salak Tinggi. Walaupun gerainya simple saja tapi makanannya agak OK dan yang menariknya, gerai ini mempunyai kemudahan WiFi.

singgah lunch di sini

lebih banyak gambar di