Sunday, March 4, 2012

Hantar Husna ke Putrajaya Sentral

Petang tadi ke Putrajaya Sentral untuk menghantar Husna menaiki bas ke Kuantan. Dalam perjalanan balik singgah sebentar di KR1M di Presint 2 untuk membeli sedikit barang keperluan. Kemudian meneruskan perjalanan ke Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi. Akhir sekali singgah pula di Family Store di Taman Impian Putra untuk membeli sedikit lagi keperluan.
di Putrajaya Sentral
antara tempat parking yang masih 
free berhampiran dengan Putrajaya Sentral
dalam perjalanan ke seksyen 4 tambahan
iklan tempat makan 
baru di Bandar Baru Bangi

lebih banyak gambar di

Friday, March 2, 2012

Tugasan di MAHB

Mulai minggu ini kami memulakan tugasan di MAHB, KLIA Sepang dan dijangka mengambil masa selama 4 minggu. Minggu pertama dah pun berlalu dan baru di peringkat warming-up. Setiap hari kami berulang dari Putrajaya ke MAHB Corporate Office yang letaknya bersebelahan dengan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.
salah satu blok MAHB Corporate Office
[hari pertama di sini]
pas keselamatan pelawat
bahagian belakang tapi 
menghadap Elite Highway

Masjid Sultan Abdul Samad yang terletak berhampiran amat memudahkan untuk menunaikan solat Jumaat tengahari tadi, cuma berjalan kaki saja dari pejabat.
 Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA

lebih banyak gambar di

Sunday, February 26, 2012

Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya

Selepas berpanas di tapak Karnival WOW, kami menuju ke Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya bagi mengunjungi Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya yang dah berlansung beberapa hari. Terdapat banyak booth yang mempamer dan menjual buku. Auditorium yang besar itu penuh sesak kerana pengunjung yang datang agak ramai. Isteri dan Nasrin sempat membeli beberapa buah buku sebelum kami meninggalkan ekspo berkenaan.
 pintu masuk utama ke ekspo
jadual program
 booth pameran

lebih banyak gambar di

Singgah Sebentar di Karnival WOW Putrajaya 2012

Karnival WOW Putrajaya 2012 dah sampai ke penghujung. Mulanya memang tiada niat nak pergi sebab rasanya macam tahun-tahun sebelumnya, tiada apa yang menariknya. Tambahan pula keadaan panas terik akan merimaskan. Namun begitu terpaksa juga menjejakkan kaki sementara menunggu my dotter siap bertugas di salah satu acara yang dikendalikan oleh Perbadanan Putrajaya. Sepanjang berada di karnival tu sempat juga merakamkan gambar-gambar di sekitar karnival berkenaan.
salah satu entrance ke tapak karnival
pelan tapak karnival
sesuatu yang menarik
tumpuan kanak-kanak
standby jika ada yang degil
kempen nak kumpul 
2 juta belia bulan Mei nanti
gerai dari pelbagai negara
rumah urut terbuka
nak naik kuda pun boleh

lebih banyak gambar di

Saturday, February 18, 2012

Tak Semestinya Murah!

Selepas menghantar Hamnah ke SMK Putrajaya P9(2) untuk menghadiri tuisyen, kami ke Mydin Bazaar di Presint 15 untuk membeli grocery. Dalam perjalanan ke sana kami singgah sekejap di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di Presint 2 untuk saja-saja membandingkan harga. Terlanjur dah singgah, kami membeli tiga jenis barang di situ untuk tujuan perbandingan. Beras dan krimer sejat memang tidak boleh dibandingkan kerana ianya adalah produk 1 Malaysia dan tidak dijual di tempat lain tapi yang menarik perhatian ialah barang ini:

Sardin King Cup 425gm

 resit pembelian di KR1M - RM4.99

price tag di Mydin Bazaar - RM4.65

Pengalaman ini menjadi pengajaran supaya tidak sewenang-wenang mempercayai harga barang di KR1M adalah murah. Sebagai pengguna kita perlu membanding kan harga barang-barang di pelbagai hypermarket, supermarket, kedai runcit, 7-11 atau KR1M. 
lebih banyak gambar di

Monday, January 16, 2012

Urusan Keluarga di Pejabat Daerah & Tanah Maran

Hari ini menghantar my wife ke Pejabat Daerah & Tanah Maran bagi urusan keluarganya. Oleh sebab aQ tak terlibat jadi aku bersama my dotter, Nadiah merayau di bandar Maran tapi nothing much nak cari kat bandar koboi tu. Lastly kami pergi ke Hutan Lipur Teladas yang letaknya lebih kurang 2 km dari bandar Maran. Tengok pada signboardnya macam menarik sangat tapi habuk pun tiada.
signboard - nampak macam menarik

dah nak sampai

 
dah sampai pun

 keluar dari Hutan Lipur Teladas

Setelah memusing-musing akhirnya urusan my wife selesai dan sebelum berpisah kami merakamkan gambar kenangan bersama keluarga di hadapan Pejabat Daerah & Tanah Maran.
almost the whole family

cousins

 family

Sebelum bertolak balik ke Putrajaya kami bertiga singgah lunch di Gerai ALOHA yang letaknya di pinggir jalan menghala ke Kuantan. Masakan yang disediakan di gerai ini adalah masakan kampong yang terdiri dari ikan sungai, ayam kampong dan berbagai jenis ulam. Kami mencuba gulai patin masak tempoyak, ayam kampong goreng, talapia bakar dan gulai rebong. Masakannya sedap dan harganya berpatutan.

 singgah lunch di Gerai Aloha

lebih banyak gambar di