Thursday, July 5, 2018

05_07_2018

pagi ni sampai agak awal & Parlimen masih tenang sebab Dewan Rakyat masih belum bersidang. Beli breakfast di Cafe Tingkat 11 Blok Menara.
Lepas breakfast seperti biasa buat self monitoring BP & reading pagi ni tak berapa OK.
Sampai rumah waktu Magrib & depan rumah telah dipenuhi khemah untuk majlis perkahwinan di rumah jiran depan rumah pada Ahad nanti.

MEMORI PADA HARI INI 7 TAHUN YANG LALU (2011)


semasa operasi 5S bersama kawan2 di CASK.

Wednesday, July 4, 2018

04_07_2018

bercuti hari ni ~ banyak urusan family yang perlu di selesaikan.
rutin harian ~ ke Putra Harmoni Presint 9 Putrajaya.
dari Putrajaya terus ke UiTM Puncak Alam menghantar Husna.
jam 3 petang baru boleh lunch setelah selesai urusan di UiTM Puncak Alam. Selesai lunch, meneruskan perjalanan ke Seremban 3.

dalam perjalanan ke Seremban 3 singgah sebentar di R&R Dengkil untuk menunaikan kewajipan. Lepas tu meneruskan perjalanan untuk mengambil Hamnah. Dari Seremban 3 berpatah balik ke Putrajaya dan seterusnya balik ke Bdr Seri Putra.

kepenatan ~ Bdr Seri Putra - > Putrajaya - > Puncak Alam - > Seremban 3 - > Putrajaya - > Bdr Seri Putra.

MEMORI PADA HARI INI 8 TAHUN YANG LALU (2010)

melalui Persimpangan Gambang semasa dalam perjalanan ke Kuantan...

Tuesday, July 3, 2018

03_07_2018

breakfast pagi ni ~ nasi goreng beli kat cafe tingkat 17 Blok Menara Parlimen, telor rebus bawa dari rumah & black coffee buat sendiri.
lepas breakfast terus buat self monitoring BP ~ the reading is getting better.
berita sensasi ~ former PM ditahan SPRM.
terima phone Huawei Nova 2i dari Lazada yang diorder semalam.
singgah di Petronas Jalan Mambau, Rasah untuk top up petrol selepas hantar Hamnah ke Taman Seremban 3.

MEMORI PADA HARI INI 2 TAHUN YANG LALU (2016)


berbuka puasa di Semenyih..

Monday, July 2, 2018

02_07_2018

pagi ni hujan lebat all the way dari Bdr Seri Putra ke Parlimen & jalan sesak giler... and I can't make it on time. 1st day bulan baru punch card dah merah.
breakfast sorang2 kat discussion room selepas tapau dari cafe di Blok Sementara.
lepas breakfast terus check BP sebelum makan ubat... the reading was not so good.
hari ini lengkaplah Kabinet Baru setelah selesai majlis angkat sumpah di Istana Negara pagi tadi. Semuga Jemaah Kabinet ini mampu melakukan perubahan demi kemajuan & kesejahteraan Malaysis.

MEMORI PADA HARI INI SETAHUN YANG LALU (2017)
semasa singgah di Mydin Mall Seremban 2 sebelum menghantar Hamnah balik ke rumah sewa di Seremban 3.

Sunday, July 1, 2018

01_07_2018

Dah lama blog ini tak update & dah bersawang. InsyaAllah.. mulai hari ni blog ini akan bersiaran semula berkonsepkan photo blog... disamping itu blog ini juga akan memgimbas memori yang berlaku pada tarikh yang sama di tahun-tahun yang lalu.

pagi ni gerimis di Bdr Seri Putra sejak malam tadi, so... tiada morning walk pagi ini.
dah tak keluar, so... breakfast makan nasi lemak homemade (always the best).
hari minggu kena gi pasar (CS Supermart) untuk beli stok untuk seminggu.
tiba-tiba ada bunyi bising di hadapan rumah.. rupanya ada kerja membaiki paip pecah di rumah jiran di hadapan rumah.
sebelah petang pula menerima kunjungan dari keluarga Harith & juga Fadzly Che Chat serta isteri sempena hari Raya.



MEMORI PADA HARI INI 2 TAHUN YANG LALU (2016)

semasa photo shoot pra Aidil Fitri bersama kawan2 di Cawangan Audit Syarikat Kerajaan.

Friday, May 4, 2012

Solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.

Hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Mungkin lepas ni entah bila lagi akan solat di sini sebab assignment di MAHB dah sampai ke penghujung. Sebenarnya masjid ini amat dekat dengan MAHB Corporate Office, cuma di sebelah pagar saja dan satu laluan khas disediakan tanpa perlu melalui main entrance tapi ianya cuma dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja.
 pemandangan sisi Masjid 
Sultan Abdul Samad, KLIA
waktu laluan dari 
MAHB ke masjid dibuka
carta organisasi masjid
layan diri - 
membeli sambil menderma
MAHB Corporate Office dari 
Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA

lebih banyak gambar di

Saturday, March 31, 2012

AGM PIBG & Majlis Aku Janji Murid

Pagi tadi aQ menghadiri AGM PIBG & Majlis Aku Janji Murid SMK Putrajaya P9(2). Majlis Aku Janji adalah bagi calon-calon PMR dan SPM 2012 dan perasmian kedua-dua majlis telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Putrajaya. Kehadiran ibubapa semasa Majlis Aku Janji Murid amatlah menggalakkan tapi keadaan berubah semasa AGM yang diadakan selepas jamuan ringan. Bilangan ibubapa yang hadir semasa AGM amatlah mengecewakan.

pintu masuk utama 
ke SMK Putrajaya P9(2)
dirasmikan oleh 
YB Ahli Parlimen Putrajaya
persembahan pelajar menyerikan majlis
pelajar bersedia untuk berikrar Aku Janji
ibubapa berbincang dengan guru semasa 
sesi ibubapa menandatangani Aku Janji
barisan AJK PIBG 
semasa AGM berlangsung

lebih banyak gambar di