Sunday, October 16, 2011
Saturday, October 15, 2011
Membeli Sambil Menderma
Semasa singgah di stesen Petronas Putrajaya 1 di Presint 9, telah terpandang satu banner tentang kempen yang sedang dijalankan oleh stesen bekenaan. Dalam kempen ini setiap pembelian air minuman MESRA di stesen berkenaan, sebahagian dari nilai belian akan disumbangkan ke rumah anak yatim dan rumah orang tua. So, marilah kira sama-sama menjayakan kempen berkenaan dengan membeli air minuman MESRA di stesen berkenaan.
Shopping di Nilai 3
Petang tadi myself, my wife dan family of my sisters pergi ke Nilai 3. Mulanya cuma nak temankan my sisters untuk shopping tapi lastly kami juga turut shopping.
semasa mula sampai
shopping di sini
dan juga di sini
Dinner di Red Wok
Sebelah malam pula kami pergi dinner di Restoran Red Wok di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Pelanggan agak ramai dan disebabkan kami tak buat reservation, kami kena tunggu seketika untuk mendapatkan meja. Walaupun waktu kami sampai tu kelihatan banyak meja yang kosong tapi semuanya ada tanda 'Reserve'. Tambahan pula masa tu sebahagian dari ruang makan restoran berkenaan telah digunakan untuk satu private function.


ayam lemon
daging black pepper
lebih banyak gambar di
Friday, October 14, 2011
Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta
Hari ini seperti biasa kami menjalankan tugasan di Pusat Bandar Damansara. Setelah bincang punya bincang kami memutuskan untuk pergi solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta. Walaupun ianya agak jauh sedikit tapi bila difikirkan tentang keselesaannya, berbaloi untuk pergi ke sana.

di laluan masuk masjid



Pelbagai Usaha!
Masalah kekurangan tempat letak kereta begitu meruncing di Putrajaya samada di pejabat-pejabat Kerajaan, di apartmen penjawat awam dan apartmen persendirian. Kereta-kereta diletakkan di bahu-bahu jalan sehinggakan laluan menjadi sempit dan menyebabkan kenderaan lain sukar nak lalu. Beberapa usaha telah dilakukan di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 termasuk meletakkan notis amaran kenderaan akan dikunci (clamp) tapi masih tidak berkesan. Usaha terbaru yang dilakukan oleh Perbadanan Pengurusan (MC) ialah dengan meletakkan kon berantai di tengah-tengah jalan supaya pengguna tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan. Sama-samalah kita lihat keberkesanan usaha ini. Anyway, tahniah kepada MC yang telah mengambil inisiatif untuk mengelakkan kesesakan di laluan berkenaan tapi apakah langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah parking lot tak mencukupi di kawasan pangsapuri berkenaan. Adakah suatu hari nanti penduduk perlu park di "Park & Ride" di Putrajaya Sentral dan menaiki bas untuk balik ke rumah sendiri??
Wednesday, October 12, 2011
Melalui Jalan Maarof
Hari ini seperti biasa Jalan Maarof, Bangsar menjadi laluan untuk sampai ke Pusat Bandar Damansara. Oleh kerana hari ini jadi penumpang, so dapatlah merakamkan beberapa gambar yang sebelum ini tak pernah sempat nak halakan kamera.
mula memasuki Jalan Maarof
antara yang menarik di Jalan Maarof
semasa menghampiri
Pusat Bandar Damansara
apa yang lajunya??
Subscribe to:
Posts (Atom)

