Friday, October 14, 2011

Pelbagai Usaha!

Masalah kekurangan tempat letak kereta begitu meruncing di Putrajaya samada di pejabat-pejabat Kerajaan, di apartmen penjawat awam dan apartmen persendirian. Kereta-kereta diletakkan di bahu-bahu jalan sehinggakan laluan menjadi sempit dan menyebabkan kenderaan lain sukar nak lalu. Beberapa usaha telah dilakukan di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 termasuk meletakkan notis amaran kenderaan akan dikunci (clamp) tapi masih tidak berkesan. Usaha terbaru yang dilakukan oleh Perbadanan Pengurusan (MC) ialah dengan meletakkan kon berantai di tengah-tengah jalan supaya pengguna tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan. Sama-samalah kita lihat keberkesanan usaha ini. Anyway, tahniah kepada MC yang telah mengambil inisiatif untuk mengelakkan kesesakan di laluan berkenaan tapi apakah langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah parking lot tak mencukupi di kawasan pangsapuri berkenaan. Adakah suatu hari nanti penduduk perlu park di "Park & Ride" di Putrajaya Sentral dan menaiki bas untuk balik ke rumah sendiri??


No comments:

Post a Comment