Friday, November 25, 2011

Jumaat di Masjid Bukit Bendera, Mentakab.

Hari ini kami bertugas di sekitar Mentakab dan selepas lunch di Bukit Angin Temerloh kami menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Bendera di Taman Bukit Bendera, Mentakab.

lebih banyak gambar di

Saturday, November 12, 2011

Ke Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya

Hari ini membawa Nasrin ke Jabatan Pendaftaran Negara di Presint 2 Putrajaya bagi memohon kad pengenalannya. Nasib juga sekarang ni Ibu Pejabat JPN dan pejabat-pejabat negeri  beroperasi separuh hari pada hari Sabtu dan Ahad. Dengan adanya kemudahan sebegini, pengguna taklah perlu bercuti untuk berurusan dengan perkhidmatan kerajaan. Mulanya rasa nak marah juga bila semakan dibuat di kaunter pertanyaan, petugas memaklumkan maklumat sijil kelahiran Nasrin belum dikemaskini dalam sistem. Untuk mengemaskini, perlu pergi ke kaunter di Bahagian Kelahiran dan setelah maklumat dikemaskini barulah urusan permohonan kad pengenalan dapat dilakukan. Tapi nasib baik juga sebab urusan mengemaskini tu taklah lama sangat. Secara keseluruhannya, urusan memohon kad pengenalan termasuk mengemaskini maklumat sijil kelahiran tidak sampai sejam.

laluan ke JPN

 penunjuk arah ke JPN

laluan masuk utama

berurusan di sini

lebih banyak gambar di

Thursday, November 3, 2011

Singgah Lunch di Semenyih

Setelah selesai tugas di Villaraya Industri Park kami singgah lunch di sebuah gerai di Semenyih sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Baru Salak Tinggi. Walaupun gerainya simple saja tapi makanannya agak OK dan yang menariknya, gerai ini mempunyai kemudahan WiFi.

singgah lunch di sini

lebih banyak gambar di

Sunday, October 30, 2011

Ke Sukan Tahunan SK Putrajaya P9(2)

Pagi tadi menghantar Nasrin ke SK Putrajaya P9(2) untuk menghadiri Sukan Tahunan sekolah berkenaan. AQ tidak singgah sebab dia pun tak ada ambil bahagian, cuma jadi tukang sorak. Namun begitu aQ hadir semasa majlis penutup pada waktu tengahari dan seterusnya untuk mengambil dia. Semasa majlis penutup sedang berlangsung hujan turun dengan lebatnya menyebabkan semua yang terlibat basah kuyup.

 bersedia untuk majlis penutup

hujan lebat - petugas berteduh di khemah

pelajar juga berteduh 
di khemah masing-masing

lebih banyak gambar di

Menghadiri Majlis di P7B3

Selepas menghadiri majlis penutup sukan tahunan SK Putrajaya P9(2) kami menghadiri Majlis Kesyukuran di P7B3, Presint 9 Putrajaya.

 Putra Harmoni dari tingkat 15, P7B3

lebih banyak gambar di

Saturday, October 29, 2011

Ke Mesra Pet Shop

Pagi tadi nak bawa anak kucing yang sakit ke klinik haiwan. Mula-mula kami pergi ke Klinik Haiwan di Taman Impian Putra tapi servisnya amat limited. Kemudian kami ke Mesra Pet Shop di S7, Bandar Baru Bangi. Sampai di sana agak awak dan klinik belum buka lagi dan terpaksa menunggu hingga jam 11:30 pagi. Sementara nak tunggu klinik buka kami singgah di Menara Optometry untuk repair spec Nasrin.

Klinik Haiwan di Taman Impian Putra

di Taman Impian Putra - 
singgah membeli washer paip

ke sini mencari klinik haiwan

mendapatkan rawatan 
untuk kucing di sini

lebih banyak gambar di

Saturday, October 22, 2011

Ke Klinik Kesihatan P9

Pagi tadi sekali lagi membawa my wife ke Kllinik Kesihatan P9 Putrajaya untuk pemeriksaan susulan bagi demam denggi. Kami sampai jam 08.00 pagi selepas menghantar Nadiah ke SMK Putrajaya P9(1) & dapat Q no 11. Kira OKlah tu & taklah lama sangat menunggu untuk pendaftaran tapi yang lamanya semasa nak menunggu result ujian darah. Bila result dah dapat, alhamdulillah sebab platelet count dah semakin meningkat. Namun begitu pemeriksaan susulan masih perlu dibuat pada hari Isnin nanti.

semasa di Klinik Kesihatan P9 Putrajaya

lebih banyak gambar di