Hari ini masih bercuti sebab memang dah plan nak service kereta yang dah overdue untuk service. Nak service sebelum Raya dulu masih terlalu awal tapi bila dah balik beraya dah jadi overdue pula. Appoinment pukul 9 tapi sampai awal, terus dapat masuk bengkel dan siap hampir jam 10 pagi. Selepas service kereta pergi ke Tabung Haji Putrajaya @Anjung tapi ramainya manusia. Ingat nak cuba kat BB Bangi, rupanya lagi ramai. Masa ambil no Q, bilangan pelanggan menunggu dalam Q hampir 200 orang. Akhirnya masukkan simpanan [my wife punya] melalui CDM Bank Rakyat yang ada di cawangan Tabung Haji tu.
Proton Service Centre @Tmn Bukit Serdang
Tabung Haji BB Bangi
No comments:
Post a Comment